suria

Jenazah Mamat Khalid selamat dikebumikan, 200 kenalan dan rakan artis hadir beri penghormatan terakhir

Suasana suram mengiringi pengebumian Allahyarham Mamat Khalid. - Kredit FB Abu Qa’Qa

SUASANA suram mengiringi pengebumian Allahyarham Mamat Khalid di Tanah Perkuburan Islam Masjid Paloh, Ipoh kira-kira pukul 2.20 petang Ahad.

Terdahulu jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1, Kampung Sungai Rokam di Ipoh, Perak dengan dihadiri kira-kira 200 jemaah yang terdiri daripada ahli keluarga, saudara mara, pelakon, peminat dan penduduk sekitar selepas solat Zuhur.

ARTIKEL BERKAITAN: Mamat Khalid meninggal dunia, rebah di restoran miliknya

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga mohon tidak sebar foto jenazah arwah Mamat Khalid

Allahyarham Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid, 58, dibawa dari Hospital Slim River ke rumahnya di Taman Ipoh Jaya Timur 1 sekitar pukul 6 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

mamat2

Jenazah disembahyangkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1, Kampung Sungai Rokam di Ipoh, Perak. - FOTO FB AHMAD FAIZAL AZUMU

Antara artis-artis yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir termasuklah Datuk Awie, Datuk M Nasir, Bell Ngasri, Khir Rahman, Zul Ariffin, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim selain Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River, Perak, kira-kira jam 12.30 tengah malam pada Ahad.

mamat3

Ahmad Faizal Azumu antara yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada arwah Mamat Khalid.

Allahyarham juga merupakan adik kepada kartunis terkenal negara, Datuk Mohammad Nor Khalid, atau lebih dikenali sebagai Lat.

Allahyarham meninggalkan isteri, Hasmah Hassan dan lima orang anak iaitu tiga lelaki, Mohd Khalid Amen, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Zaffa dan dua perempuan iaitu Sara dan Nurhassanah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain