suria

Mamat Khalid sempat hiburkan keluarga, main keyboard lagu Apokalips sebelum rebah

Kediaman Mamat Khalid dikunjungi kenalan.

SEBELUM meninggal dunia, Allahyarham Mamat Khalid sempat membuat persembahan di hadapan ahli keluarga di kafe miliknya Sarang Art Hub, malam Sabtu.

Menurut anaknya, Mohd Khalid Amen Mohamad, 25, Allahyarham yang bermain keyboard memainkan lagu Apokalips sebelum tiba-tiba terdiam dan rebah.

ARTIKEL BERKAITAN: Mamat Khalid meninggal dunia, rebah di restoran miliknya

"Kami terus terpa ke arahnya apabila tiba-tiba papa terdiam. Dia tidak mengadu sakit apa-apa pun ketika itu.

"Kami menghubungi ambulans dan akhirnya papa menghembus nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital. Papa memang ada sakit jantung," katanya seperti dipetik Sinar Harian.

MAMAT

Allahyarham Mamat Khalid menghembuskan nafas terakhir pada tengah malam Ahad.

Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River, Perak, kira-kira jam 12.30 tengah malam pada Ahad.

Dalam pada itu, menurut Mohd Khalid Amen, arwah sepatutnya memulakan penggambaran untuk telemovie bertajuk 'Kampung Pisang Berbuah Dua Kali' minggu hadapan.

"Masih mengekalkan pelakon yang sama papa sudah ambil beberapa 'speed' untuk siapkannya.

"Papa bercadang untuk memulakan penggambaran hujung bulan ini tetapi tidak sempat," katanya.

Allahyarham juga merupakan adik kepada kartunis terkenal negara, Datuk Mohammad Nor Khalid, atau lebih dikenali sebagai Lat.

Allahyarham meninggalkan isteri, Hasmah Hassan dan lima orang anak iaitu tiga lelaki, Mohd Khalid Amen, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Zaffa dan dua perempuan iaitu Sara dan Nurhassanah.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah, Sungai Rokam di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Paloh.- SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Messi menang anugerah Ballon d'Or