suria

Mamat Khalid meninggal dunia, rebah di restoran miliknya

Mamat Khalid disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 malam Ahad.

INDUSTRI hiburan dikejutkan dengan berita sedih apabila pengarah filem terkenal Mamat Khalid disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 malam Ahad.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 58 tahun di Hospital Slim River, Perak.

Berdasarkan maklumat awal yang diterima, arwah pada mulanya diserang sawan dan rebah sekitar pukul 10 malam, Sabtu di restoran miliknya di Sarang Art Hub, Tanjung Malim, Perak.

ARTIKEL BERKAITAN: Mamat Khalid kritikal di ICU

ARTIKEL BERKAITAN: Manap Karaoke' karya Mamat Khalid untuk mereka yang stres dan bosan di rumah - “Masa paling sesuai hiburkan penonton”

Beliau kemudian dibawa ke hospital Slim River menaiki ambulans dan dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan bagi mendapatkan rawatan.

Berita kematian itu turut disahkan Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah.

Isteri Allahyarham Hasmah Hassan memaklumkan Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung.

Allahyarham sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana mengalami sesak nafas dan masalah penyakit tersebut.

Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27).  - Hafis Idzla/The Star

Mamat ketika memenangi anugerah Lakon Layar Terbaik menerusi filem Amir & Loqman Pergi Ke Laut di Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM27) pada 2015.

Sementara itu di media sosial, rakan-rakan selebriti turut melahirkan rasa terkejut dan sedih dengan berita pemergian Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid.

Jenazah dijangka disemadikan di Ipoh, Perak pada Ahad.

Selain seorang balu, beliau yang juga adik kepada kartunis Datuk Lat turut meninggalkan lima orang anak.

Antara karya hangat dihasilkan Allahyarham sebagai pengarah ialah filem Rock oo (2013), Kala Malam Bulan Mengambang (2013), Man Laksa (2006), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Zombi Kampung Pisang (2007).

Filem Kala Malam Bulan Mengambang turut diangkat sebagai Filem Terbaik, Festival FIlem Malaysia ke 21 (FFM21) dan Anugerah Skrin 2008.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Messi menang anugerah Ballon d'Or