'Manap Karaoke' karya Mamat Khalid untuk mereka yang stres dan bosan di rumah - “Masa paling sesuai hiburkan penonton”

Karya terbaharu arahan Mamat Khalid berjudul Manap Karaoke boleh ditonton di rumah.

PENUTUPAN pawagam sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukanlah alasan untuk peminat filem tanah air terlepas daripada menerima karya berkualiti sepanjang berada di rumah.

Justeru itu, pengarah terkenal Mamat Khalid tampil dengan filem pertama yang ditayangkan di televisyen berjudul Manap Karaoke.

Menurut Mamat, penghasilan filem tersebut diharap dapat memberikan hiburan kepada penonton dan mengubati kerinduan masyarakat Malaysia terhadap filem berkualiti seperti yang pernah ditonton di panggung wayang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pernah pergi berubat, bomoh kata kena buatan orang” - Mamat Khalid syukur kesihatan semakin pulih

"Keistimewaan filem ini bukan sahaja tertumpu pada penceritaan dan watak semata-mata, tetapi ia juga mengembalikan nostalgia lagu-lagu 90an yang masih popular hingga saat ini.

"Saya anggap ini adalah masa yang sesuai untuk tampilkan filem komedi dalam keadaan sekarang, pasti ada di antara kita yang risau, tertekan mahupun kebosanan, jadi saya harap karya ini dapat menghiburkan dan memberi semangat kepada penonton dengan jenaka dan lagu-lagu yang boleh membuat mereka menyanyi bersama.



Penonton akan terhibur dengan pelbagai adegan lucu dalam filem ini.

"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada pihak Astro Shaw yang meletakkan kepercayaan pada karya ini untuk dipersembahkan kepada penonton ketika tempoh PKP ini. Ini juga adalah khas buat penonton dan peminat yang rindukan karya saya di pawagam," katanya.

Filem Manap Karaoke mengisahkan Manap yang mendapat idea membuka pusat karaoke bergerak. Pelbagai insiden lucu berlaku termasuk rasa tidak puas hati pesaingnya, Rauf Bogiba dipaparkan dalam filem ini.

Manap Karaoke membariskan pelakon terkenal seperti Joey Daud memegang watak Manap, Pekin Ibrahim (Rauf Bogiba) dan Mona Allen (Jamizan), akan mula ditayangkan di Astro First saluran 480 pada 7 Mei ini.



Filem ini beri kepuasan sama seperti menonton di pawagam.

Sementara itu, Naib Presiden Ketua Astro Shaw dan Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, menonton wayang dari rumah merupakan salah satu norma baharu di Malaysia semasa PKP.

"Corak tontonan rakyat Malaysia berubah sejak PKP, banyak aktiviti di rumah dihabiskan dengan menonton televisyen. Mereka dahagakan filem-filem yang berkualiti dan segar, oleh itu kami sentiasa berusaha untuk membawakan kandungan yang terbaik buat penonton Astro ketika tempoh PKP ini.

"Manap Karaoke adalah sebuah filem komedi yang sarat dengan mesej positif yang boleh diambil sebagai teladan. Ia juga bertepatan dengan tema ramadan Astro ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’, di mana Astro Shaw mempersembahkan sebuah filem yang ada nilai hubungan persaudaraan serta mampu mengukir senyuman serta mengembirakan dengan lawak jenaka yang sesuai untuk tontonan setiap lapisan masyarakat," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Mamat Khalid, Manap Karaoke

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain