suria

“Pernah pergi berubat, bomoh kata kena buatan orang” - Mamat Khalid syukur kesihatan semakin pulih

Kesihatan Mamat kini beransur pulih selepas beberapa rawatan dilakukan tahun lalu.

BEBERAPA kali keluar masuk hospital tahun lalu akibat penyakit paru-paru berair atau pneumonia, pengarah Mamat Khalid berkata kesihatannya kini semakin baik.

Menurut, Mamat atau nama sebenar Mohamad Khalid, 57, pada awal dia menyangka penyakit itu berpunca daripada terkena buatan orang dan cuba mendapatkan rawatan kaedah tradisional.

ARTIKEL BERKAITAN: “Alhamdulillah ayah baik-baik sahaja, dia dalam proses pemulihan” - Mamat Khalid kini stabil

"Mula-mula saya sakit sampai tak boleh bernafas dan masa itu, saya tak faham kenapa boleh jadi macam itu. Dah terfikir... mesti kena buatan orang.

Mamat berkerusi roda ditemui ketika malam gala filem Rock 4 pada malam, Rabu.

"Pergi berubat secara tradisional, bomoh kata kena buatan orang. Bila dah semakin teruk, pergi hospital barulah doktor sahkan paru-paru dah penuh air.

"Saya pernah dikomakan selama 21 hari akibat masalah itu pada tahun lalu. Kalau diikutkan, maksimum manusia biasa boleh dikomakan selama 15 hari sahaja," katanya kepada mStar. 

Mamat ditemui ketika Malam Gala filem ROCK 4: Rockers Never Dai! di MM Cineplexes @ E-Curve, Petaling Jaya pada malam, Rabu.

Pergi berubat secara tradisional pun, bomoh kata kena buatan orang. 

MAMAT KHALID

PENGARAH FILEM

Pada Januari tahun lalu, Mamat pernah koma lebih dua minggu dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya akibat daripada lebihan air dalam badan.

Kemudian, Mamat sekali lagi dimasukkan ke ICU di sebuah pusat perubatan di Ipoh, Perak selepas mengalami sesak nafas berpunca daripada masalah samaOktober tahun lalu.

Dalam pada itu, biarpun kesihatannya kini beransur pulih namun dia yang kini berkerusi roda perlu mengawal pengambilan air dalam badan supaya tidak berlebihan.

Keadaan Mamat ketika dimasukkan ke ICU pada Januari dan Oktober tahun lalu.

"Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya kini semakin baik. Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberi semangat kepada saya.

"Badan saya pun dah rasa sihat sekarang ini. Bila dah keluar hospital, saya kenalah jaga kesihatan dan kena kurangkan minum air.

"Sebab itu kalau nampak saya minum berlebihan, rampas minuman itu untuk kesihatan saya," ujarnya.

Mamat Khalid

Artikel Lain