suria

“Alhamdulillah ayah baik-baik sahaja, dia dalam proses pemulihan” - Mamat Khalid kini stabil

Keadaan Mamat Khalid beransur pulih

PENGARAH filem terkenal, Mamat Khalid berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan pada Ahad lalu.

Isterinya, Hasmah Hassan berkata, pengarah itu menunjukkan perkembangan positif dan beransur pulih. 

ARTIKEL BERKAITAN: Mengadu sesak nafas, Mamat Khalid dimasukkan ke hospital

"Dia baik-baik saja, sekarang dalam proses pemulihan," katanya ketika dihubungi mStar. 

Pengarah filem Hantu Kak Limah ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Ipoh, Perak selepas mengalami sesak nafas berpunca daripada lebihan air dalam badan.

Mamat berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, anak pertamanya, Mohd Khalid Zaffa, 32, berkata, bapanya direhatkan kerana terlalu penat dan mengalami kesukaran untuk tidur. 

"Alhamdulillah, bapa saya okay. Sekarang ni dia tengah rest. Dia minta untuk ditidurkan. 

"Jangan risau, bapa saya di bawah pemantauan doktor," ujarnya. 

Januari lalu, Mamat atau Mohamad Khalid, 56, pernah koma lebih dua minggu dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubahan di Petaling Jaya, akibat masalah sama. 

Mamat juga pernah menjalani pembedahan kecil membuka saluran darah tersumbat berikutan masalah jantung yang dihadapinya tiga tahun lepas. 

Mamat Khalid, pulih

Artikel Lain