“Toilet rumah berlendir, berkulat... awak tu perempuan!” - Tiz Zaqyah trauma penggambaran di rumah kotor - Hiburan | mStar

“Toilet rumah berlendir, berkulat... awak tu perempuan!” - Tiz Zaqyah trauma penggambaran di rumah kotor

Tiz Zaqyah trauma dengan rumah kotor semasa penggambaran sebuah drama.

BERLENDIR dan berkulat... itulah situasi yang terpaksa dihadapi oleh pelakon Tiz Zaqyah ketika menjalani penggambaran sebuah drama.

Pelakon drama Nur Kasih ini berkata, pandangan dan fokusnya terganggu dengan keadaan kotor tersebut.

Lebih terkilan, pemilik kediaman tersebut merupakan seorang wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Sara Sajeeda & Setelah Ku Dimiliki angkat semula nama Tiz Zaqyah

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Perlu Kedudukan” – Jawapan Tiz Zaqyah

"Masih trauma dengan toilet rumah berlendir berkulat. Awak tu perempuan, kalau malas sangat simbah je peluntur tu!

"Lantai penuh rambut, meja makan melekit, dapur berminyak, sinki penuh cawan pinggan kotor.

Tiz berkongsi cerita memualkan itu di Twitter miliknya.

"Kenapa? Dah tau orang nak shooting kat rumah awak, bersihkan sikit tak salah," katanya.

Tiz berkongsi luahan dan pandangannya itu menerusi laman Twitter pada Rabu.

Bagaimanapun, dia tidak menyatakan secara khusus lokasi penggambaran tersebut.

Masih trauma dengan toilet rumah berlendir berkulat. Awak tu perempuan, kalau malas sangat simbah je peluntur tu!

TIZ ZAQYAH

PELAKON

Sementara itu, rata-rata pengikutnya di laman tersebut turut bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Tiz itu.

"Seramnya... saya paling sakit hati kalau tandas kotor macam ni, penanda aras orang rumah pembersih adalah tandas.

"Memula baca ingat Tiz cakap fasal tweet viral rumah sewa... rupanya, Masya-Allah sabar sis!

"Seriuslah! Saya tak boleh bayangkan betul, macam mana dia boleh duduk rumah macam tu," komen pengikut.

Tiz Zaqyah

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain