Sara Sajeeda & Setelah Ku Dimiliki angkat semula nama Tiz Zaqyah

WALAUPUN agak lama menyepi, pelakon Tiz Zaqyah bersyukur lakonannya menerusi drama Sara Sajeeda dan Setelah Ku Dimiliki menerima maklum balas positif.

Tambah Tiz, 31, tayangan serentak drama tersebut kembali membuka mata penonton terhadap kerjaya lakonannya.

“Kedua-dua drama ini ditayangkan serentak di TV. Dua drama, dua watak berbeza... mungkin itu rezeki saya untuk tarik balik penonton,” ujarnya kepada mStar.

Tiz ditemui di set penggambaran telemovie Izrail Memanggil terbitan Minds Eye Production.

Dalam pada itu, Tiz memberitahu tiada jalan pintas untuk menjadi seorang pelakon yang berkualiti.

“Tiada tip untuk jadi pelakon yang baik, kecuali usaha keras kerana kita semua bermula daripada bawah... bukan senang-senang terus 'meletup',” katanya.

Tiz Zaqyah
Semua
Hiburan
Berita
Variasi