suria

“Saya hanya jujur, takkan nak munafik!” - Baby Shima mengaku tak kenal Drama Band

PENYANYI Baby Shima menjelaskan kenyataannya tidak mengenali kumpulan Drama Band berikutan tidak mengikuti perkembangan kumpulan berkenaan.

Baby Shima atau Nor Ashima Ramli, 27, berkata, dia hanya bercakap jujur dan kerjayanya di Jakarta, Indonesia membuatkan dia tidak banyak mengetahui perkembangan industri di Malaysia.

“Sebenarnya tahu dengan kenal itu berbeza, kalau kita kenal bermakna kita mengenali dan sudah jumpa dengan orang itu tapi kalau tahu, kita hanya tahu kewujudan mereka.

“Mereka pun tentu tidak kenal semua artis, jadi kalau tidak kenal cakap sahajalah tak kenal takkan nak munafik!” ujarnya.

Sebelum ini, muzik video kumpulan Drama Band berjudul Satu-satu turut memaparkan adegan parodi penyanyi lagu Pura-Pura Bujang itu menyerang usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri.

Shima dalam satu laporan media berkata, dia tidak mengenali kumpulan berkenaan.

Sementara itu, diminta mengulas tentang isu itu sebagai sebuah gimik yang direka untuk mempromosikan lagu berkenaan, Shima berkata, ia tidak mempedulikan tanggapan netizen.

Baby Shima


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi