“Langsung tak pernah dengar cerita kurang enak fasal Abam” - Jihan Muse sifatkan arwah disayangi ramai - Hiburan | mStar

“Langsung tak pernah dengar cerita kurang enak fasal Abam” - Jihan Muse sifatkan arwah disayangi ramai

Jihan Muse

HILANGNYA sebutir permata seni bernama Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam memberi kesan mendalam kepada rakan-rakan selebriti lain.

Pelawak Jihan Muse, 37, berkata, pemergian Abam secara mengejut itu membuatkan dia terfikir tentang berapa lama lagi masa untuknya di dunia ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Abam Bocey meninggal dunia akibat demam panas

ARTIKEL BERKAITAN: Amalan luar biasa Abam, Mr Os dan Pak Yus ketika hidup... Ustaz Hanafi bongkar mengapa ramai ziarah jenazah mereka

“Saya masih bersedih atas pemergian Allahyarham Lok U, pengarah Pitt Hanif dan juga pemain bass Kelly. Tiba-tiba seorang lagi pergi meninggalkan kami.

“Namun pemergian Abam membuatkan saya terfikir sejenak, bila akan tiba masa kita pula?" ujarnya kepada mStar.

Abam meninggal dunia pada pagi Isnin selepas mengalami demam panas sejak dua hari lalu.

Dalam pada itu, Jihan turut menyifatkan Abam seorang yang baik dan disayangi ramai.

Pemergian Abam membuatkan saya terfikir sejenak, bila akan tiba masa kita pula?

JIHAN MUSE

PELAWAK

Malah, Allahyarham tidak pernah terkait dengan apa-apa berita buruk sejak bergelar anak seni.

“Rezeki Abam pergi dengan cara yang tenang mudah, malah orang ramai turut terkesan dengan amalan baik yang dilakukan semasa hayatnya.

“Seperti tanda pagar yang sering digunakan Abam iaitu #orangbaikramaisayang, langsung tak pernah dengar cerita kurang enak mengenai Allahyarham.

“Saya harap saya juga tergolong dalam golongan yang disayangi ramai seperti Abam,” katanya.

Jihan Muse , Abam

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain