“Allah lebih sayangkan anakku... papa reda” - Almy Nadia keguguran kandungan berusia 14 minggu

Fizz dan Almy Nadia dikurniakan tiga cahaya mata dan seorang anak angkat.

PELAKON Datuk Fizz Fairuz berkongsi berita sedih apabila isterinya Datin Almy Nadia mengalami keguguran pada usia kandungan 14 minggu.

Fizz atau Mohd Fairuz Zainal Abidin, 40, menerusi laman sosial Instagram miliknya pada Selasa memberitahu dia reda dan kuat menerima takdir tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Almy Nadia hamil lagi! Kali ini Fizz Fairuz idam timang anak lelaki - “Makin ramai anak, makin banyak rezeki saya”

"Al Fatihah, terima kasih Allah bagi kami 14 minggu bersama baby keempat saya dan Almy.

"Allah lebih sayangkan anakku, papa reda, papa tak nak nangis sebab papa kuat.

Fizz berkongsi berita sedih itu menerusi laman sosialnya pada Selasa.

"Semoga Allah jaga kamu ya anakku," tulisnya pada Selasa.

Pada 31 Disember lalu, Fizz meluahkan rasa gembira apabila isterinya disahkan hamil sembilan minggu anak keempat mereka.

Dia juga meletakkan harapan untuk dikurniakan cahaya mata lelaki.

Fizz dan Almy atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah mendirikan rumah tangga pada 2014.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata perempuan Nur Afrina Arianna, 5, Nur Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra yang kini berusia setahun dan seorang anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 11.

Fizz Fairuz, Almy Nadia

Artikel Berkaitan

Artikel Lain