suria

Konsert Rockaway Fest 2020 ditangguhkan atas faktor keselamatan

Konsert Rockaway Fest 2020 ditangguhkan.

KONSERT Rockaway Fest 2020 yang dijadualkan diadakan pada 14 dan 15 Mac di Bukit Jalil ditangguhkan atas faktor keselamatan.

Penganjur Rockaway Entertaiment menerusi satu kenyataan memberitahu penangguhan itu berikutan kebimbangan penularan wabak novel coronavirus (2019-nCoV).

"Keputusan untuk menangguhkan Rockaway Fest 2020 dibuat demi kepentingan serta mengambil langkah-langkah pencegahan untuk membendung wabak virus korona yang semakin meningkat.

"Ia merupakan prerogatif sebagai penganjur untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan semua peserta, artis dan kru kerja serta pada penonton yang akan hadir di festival itu kelak," ujarnya.

Dalam pada itu, pihaknya dalam proses berkomunikasi dengan pihak berkuasa yang relevan mengenai perkara tersebut.

Penganjur akan mengumumkan tarikh baharu dalam masa terdekat.

Semua tiket yang sudah dibeli kekal sah untuk tarikh baharu, manakala bagi yang ingin mendapatkan bayaran balik boleh melakukannya dengan menghantar emel di [email protected] sehingga 10 Mac depan.

Rockaway Fest merupakan perayaan rock terbesar di Malaysia yang telah berjaya membawa nama-nama besar seperti Bring Me The Horizon, Dashboard Confessional, Scorpions, Sum 41.

Pada tahun ini, Rockaway Fest akan menampilkan aksi tempatan, serantau dan antarabangsa merentas pesta dan perayaan yang berlangsung selama dua hari.

Rockaway Fest 2020

Artikel Lain