suria

“Dulu pelawak hanya selingan, orang tak pandang”- Afdlin Shauki terkenang perjuangan Harun Salim Bachik

Afdlin berkata nasib pelawak kini berbeza dengan pelawak lama.

PEMERGIAN pelawak Abam Bocey pada Isnin masih memberi kesan kepada rakan selebriti, pelakon Afdlin turut mengimbau kenangan bersama sahabatnya Allahyarham Harun Salim Bachik.

Afdlin menerusi laman sosialnya berkata, dia tidak akan lupa pengorbanan arwah sahabatnya itu dalam memperjuangkan dunia komedi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah memenuhi setiap ruang ketika solat jenazah, PU Rahmat dedah sifat pemaaf Abam dikutuk gemuk

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau aku mati tolong kebumikan tau” - Achey dedah pesanan terakhir Abam pada hari ulang tahunnya

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa sayu 2,000 tetamu iringi pengebumian Abam, selesai ketika Maghrib

"Zaman kita dulu orang tak pandang pelawak ni. Sekadar selingan aja kita tapi oleh kerana orang macam arwah Harun Salim Bachik, Din Beramboi, Mr Os dan ramai lagi generasi pelawak sebelum ini, adik-adik pelawak kita hidup dalam dunia berbeza.

Seramai 2,000 tetamu memberi penghormatan terakhir kepada arwah Abam.

"Kerja menghiburkan hati orang dengan lawak jenaka ini boleh mengubah nasib mereka dan keluarga sehingga menjadi seseorang yang dihormati.

"Al Fatihah buat pelawak-pelawak yang sudah pergi kerana sumbangan mereka," tulisnya pada Selasa.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai komen netizen yang turut sebak dan mengucapkan terima kasih kepada golongan pelawak yang menghiburkan mereka.

Sebelum itu, Afdlin meluahkan rasa sedih dengan berita kehilangan Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada usia 32 tahun.

"Ya Allah kau jagalah adikku dan tempatkan roh adikku bersama roh orang orang beriman. Syukur kerana beri peluang untuk aku berjumpa dengan orang yang sebaik Abam.

Zaman kita dulu orang tak pandang pelawak ni. Sekadar selingan aja kita tapi oleh kerana orang macam arwah Harun Salim Bachik, Din Beramboi, Mr Os dan ramai lagi generasi pelawak sebelum ini, adik-adik pelawak kita hidup dalam dunia berbeza.

AFDLIN SHAUKI

PELAWAK

Abam meninggal dunia pada pagi Isnin selepas mengalami demam panas sejak dua hari lalu.

Manakala, Harun Salim Bachik meninggal dunia pada 8 Mac 2015 dipercayai selepas mengalami sesak nafas ketika singgah di Hentian Rehat & Rawat Gunung Semanggol (Selatan), Perak.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 56 tahun ketika dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang bersama keluarga.

Artikel Lain