suria

Siti Nurhaliza selamat jalani pembedahan, bakal rakam album baharu sebelum cuti panjang fokus hamil anak kedua

Siti menjalani pembedahan sebagai persediaan sebelum IVF.

SUSULAN pembedahan kecil bagi persediaan hamil anak kedua pada Isnin, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza kini sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Menurut Siti, 41, dia akan berehat dalam tempoh sehingga dua minggu sebelum meneruskan proses seterusnya.

"Saya menjalani pembedahan kecil sebab nak buat persediaan untuk IVF seterusnya... Alhamdulillah semuanya selamat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jika mulakan prosedur IVF saya kena rehat panjang” - Siti Nurhaliza rancang anak kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Doa Siti Nurhaliza sebelum hamil ingin bawa Siti Aafiyah tunai umrah bakal termakbul

"Saya dah dibenarkan keluar hospital dan akan berehat di rumah dalam seminggu dua ini," katanya kepada mStar.

Tambah Siti dia perlu menjalani pembedahan tersebut sebelum kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) dibuat sama seperti kehamilan pertamanya dahulu.

Sebelum itu, menerusi Instagram, penyanyi lagu Anta Permana ini berkongsi sekeping sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan selepas menjalani pembedahan kecil.

Siti selamat menjalani pembedahan kecil pada Isnin.

Bagaimanapun Siti tidak menyatakan dengan lebih lanjut mengenai rawatan dan pembedahan yang dilakukan.

"Alhamdulillah, semalam (Ahad) selesai persembahan di Anugerah Juara Lagu-34 (AJL34) saya terus masuk wad untuk menjalani minor operation pagi ini. Syukur semuanya berjalan lancar," tulis Siti.

Dalam pada itu, isteri kepada usahawan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini turut memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi undangan dan jemputan menjayakan majlis hiburan.

"Saya mohon maaf tak dapat penuhi permintaan photoshoot, radio, televisyen dan persembahan kerana perlu berehat dulu.

Siti sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya dan semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Siti memberitahu dia bakal menyambung proses pembikinan album terbaharu sebelum berehat panjang.

"Seminggu dua ini berehat dahulu, kalau semuanya dah okay baru saya masuk studio semula dan sambung rakaman lagu.

"InsyaAllah kami merancang untuk siapkan album baharu ini sebelum berehat panjang," katanya.

Pada 19 Januari lalu, ibu kepada Siti Aafiyah ini berkata dia sudah mendapatkan nasihat doktor bagi proses rawatan kesuburan IVF dan berkemungkinan akan berehat sepanjang proses berkenaan.

Siti Nurhaliza

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Kes Covid-19 dijangka meningkat - KJ