suria

Rasa sayu 2,000 tetamu iringi pengebumian Abam, selesai ketika Maghrib

Ramai yang datang memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Abam.

SUASANA sedih dan sayu mengiringi pengebumian jenazah Abam (Bocey) atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak petang Isnin.

Dianggarkan kira-kira 2,000 tetamu hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang selesai disemadikan kira-kira pukul 7.30 malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Abam Bocey meninggal dunia akibat demam panas

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia pesan jaga anak elok-elok” - Abam Bocey tak sempat masak gulai lemak, sambal sotong buat keluarga

Sebelum itu jenazah dibawa ke Masjid Gombak Utara, kira-kira pukul 5.15 petang untuk disembahyangkan selepas melalui proses bedah siasat di Hospital Selayang.

Ramai yang hadir memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham Abam.

Disebabkan pengebumian selesai ketika waktu Maghrib, tetamu yang terdiri daripada daripada ahli keluarga, rakan-rakan selebriti, penduduk setempat dan peminat turut menunaikan solat berkenaan secara berjemaah di tanah perkuburan tersebut.

Antara artis yang kelihatan ialah rakan sepasukan iaitu Achey, Black Hanifah, Fasha Sanda, Fizo Omar, Datuk AC Mizal, Zamani, Tomok, Hairul Azreen, Datuk Hattan, Mark Adam dan Mawi.

Salah seorang anggota Bocey iaitu Fad tidak kelihatan kerana berada di luar negara bersama keluarga.

Achey menjirus air di pusara Abam. Turut kelihatan ialah ibu Allahyarham (berkerusi roda).

Allahyarham Abam meninggal dunia di kediamannya di Gombak selepas mengalami demam panas sejak dua hari lalu.

Arwah meninggalkan seorang isteri Norhidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffery yang kini berusia lima bulan.

Abam Bocey, meninggal dunia

Artikel Lain