suria

Gimik keterlaluan, video persembahan Drama Band, Aina Abdul disekat dari Youtube TV3

Video persembahan Drama Band dan Aina Abdul disekat pihak TV3.

PERSEMBAHAN kumpulan Drama Band menerusi lagu Drama dan Sumpah nyanyian Aina Abdul di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) 34 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad mengundang kecaman netizen.

Segelintir netizen berasa kurang senang dengan kedua-dua persembahan tersebut yang dianggap melanggar peraturan yang ditetapkan untuk stesen televisyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Bawa mesej bunuh diri, persembahan Aina Abdul di AJL34 keterlaluan dan langgar peraturan! - “Tiada idea kreatif lain ke?

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan itu hanya simbolik hancurnya hati wanita! - Aina Abdul

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Television Networks, Johan Ishak memberitahu pihaknya tidak dimaklumkan mengenai konsep tersebut yang dianggap gimik keterlaluan itu.

Tambahnya, dua video berkenaan telah disekat daripada saluran Youtube TV3.

"Ia adalah salah satu contoh apabila peserta finalis menghasilkan gimik melampau. Padahal sewaktu sesi latihan, tak ada pun konsep terbabit (politik).

Menurut Johan, Drama Band sewajarnya memaklumkan kepada pihak produksi sekiranya ingin tampil dengan elemen sensitif sedemikian.

"Sepatutnya mereka cakap dari segi mesej apa nak buat dengan konsep persembahan itu tapi tidak. Ni agak sensitif," katanya.

Tambahnya, dia akan memastikan tindakan sewajarnya diambil sekiranya kumpulan terbabit didapati melanggar kod kandungan penyiaran yang ditetapkan.

Ia adalah salah satu contoh apabila peserta finalis menghasilkan gimik melampau.

JOHAN ISHAK

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MEDIA PRIMA TELEVISION NETWORKS

Pihak stesen TV akan mengambil tindakan sewajarnya jika mereka didapati melanggar kod kandungan penyiaran yang ditetapkan.

Drama Band mempersembahkan konsep cynical parody dengan menggunakan beberapa karekter yang didakwa menyerupai figura terkenal antaranya Haqiem, Haneesya Hanee, PU Abu dan Da'i Farhan.

Kumpulan yang dianggotai oleh Aepul Roza (vokalis), Adib (gitar), Daus (bes) dan Faeez (dram) itu turut menampilkan watak seperti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Manakala bagi Aina Abdul, Johan berkata, pihaknya akan membuat semakan kod kandungan daripada Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) bagi memastikan sama ada persembahan itu bercanggah dengan penyiaran stesen televisyen sebelum mengambil tindakan.

"Sebelum menunding jari kami fikir penyelesaian terbaik adalah menyemak dengan CMCF terlebih dahulu. Pihak produksi maklum mengenai konsep persembahan Aina yang menggunakan 'darah' untuk simbolik hati terluka. Tetapi tidak menyangka ia digunakan secara keterlaluan," ujarnya.

Aina menerusi lagu Sumpah pula didakwa membawa mesej bunuh diri apabila terdapat adegan tikam dada hingga keluar darah.

Persembahan Aina mendapat bantahan daripada Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (Miasa).

Haqiem Rusli, Drama Band, AJL34

Artikel Berkaitan

Artikel Lain