suria

“Penat macam mana pun dia tetap hadir” - PU Amin dedah Abam tak pernah tolak jemputan program dakwah

PU Amin berkongsi kenangan bekerjasama dengan Abam.

PEMERGIAN Abam Bocey pada pagi Isnin bukan sahaja dirasai rakan-rakan terdekatnya, malah Pencetus Ummah (PU) Amin turut meluahkan kesedihannya.

Pendakwah bebas itu menyifatkan Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, sebagai seorang yang disayangi ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Abam Bocey meninggal dunia akibat demam panas

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku minta maaf tak dapat tengok kau buat kali terakhir” - Fad, Achey gagal kawal emosi, menangis kehilangan Abam Bocey

"Ya Allah ampunkan dia, pelihara dan tenangkan dia. Jadikan kuburnya daripada taman-taman syurga.

"Lawak dan gelak tawa kita akan ikut serta. Berehatlah dari dunia penuh kepenatan ini. Selesai tugas Abam menghiburkan kami," ujarnya.

Allahyarham Abam bersama ahli kumpulan Bocey iaitu Achey dan Fad.

Dalam pada itu, PU Amin turut mendedahkan Abam tidak pernah menolak jemputan untuk program-program dakwah.

Katanya, pelawak itu tetap akan cuba untuk menghadirkan diri biarpun penat dengan komitmen lain.

"Abam tak pernah tolak jemputan untuk program dakwah. Penat macam mana pun tetap dia nak hadir juga. Itu kuatnya Abam.

Abam tak pernah tolak jemputan untuk program dakwah. Penat macam mana pun tetap dia nak hadir juga.

AMIN

PENCETUS UMMAH

"Saya minta kita hadiahkan Al-Fatihah kepada arwah Syed Umar atau Abam" ujarnya.

Pelawak Abam Bocey meninggal dunia pagi Isnin selepas mengadu sakit kepala dan demam panas sejak dua hari lalu.

Jenazah dibawa ke Masjid Gombak Utara dan akan dikebumikan selepas Asar di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

PU Amin, Abam

Artikel Lain

Suara ‘hantu’ menghantui Google Maps

Wanita kongsi detik lucu masalah bau di rumah