suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abam Bocey meninggal dunia akibat demam panas

Abam Bocey meninggal dunia.

DUNIA hiburan dikejutkan dengan berita pelawak Abam Bocey meninggal dunia pada pagi Isnin akibat demam panas.

Adik kepada arwah iaitu Ali Puteh mengesahkan abangnya menghembuskan nafas terakhir di kediamannya, Gombak.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung sudah 5 bulan, Abam (Bocey) rancang cahaya mata kedua

“Ya, abang saya meninggal dunia akibat demam panas di rumahnya. Sekarang saya tengah menguruskan jenazah Abam,” kata Ali kepada mStar.


Allahyarham meninggalkan seorang isteri Nor Hidayah dan anak lelaki berusia lima bulan.

Jenazah dibawa ke Masjid Gombak Utara dan akan dikebumikan selepas Asar di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Sementara itu menerusi Astro Gempak, isterinya, Nor Hidayah berkata, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

Bagaimanapun, Allahyarham enggan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

"Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

"Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi... pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia," ujarnya.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.

Abam, Bocey

Artikel Lain