suria

Nukilan masih wujud, tunggu lagu Malique

Afif memberitahu kumpulan Nukilan hanya akan kembali dengan lagu ciptaan daripada Malique.

PERNAH popular dengan lagu Rindu, kumpulan Nukilan yang dianggotai oleh Afif, Zizi Kirana dan Kmy Kmo senyap daripada industri muzik tempatan.

Salah seorang ahlinya Afif Tirmizie berkata, kumpulan yang ditubuhkan oleh penyanyi hip hop terkenal Malique itu merupakan projek istimewa di bawah Qarma Muzik.

"Kumpulan Nukilan belum berpecah, kami ditubuhkan sebagai projek istimewa.

Afif nafi kumpulan Nukilan sudah berpecah.

"Jadi, kalau Malique ada keluarkan lagu untuk Nukilan barulah kami bersatu kembali," ujarnya.

Dalam perkembangan lain Afif berkata, dia baharu sahaja keluar dengan single terbaharu bersama Kmy Kmo berjudul Sendiri.

Lagu berkenaan bakal dijadikan lagu tema untuk filem Escape yang bakal ditayangkan pada Mac depan.

Afif tampil dengan single terbaharu berjudul Sendiri.

"Lagu Sendiri itu, hasil ciptaan saya dan lirik ditulis oleh saya dan juga Kmy Kmo.

"Lagu ini mengisahkan seorang manusia sendiri yang masih tercari-cari apa yang akan terjadi padanya.

"Selepas perbincangan bersama dengan pihak produksi mereka setuju untuk menjadikan lagu saya sebagai OST filem tersebut.

Sementara itu, Afif berkata, dia kini banyak menghabiskan masa bekerja di belakang tabir dan menjadi guru vokal di Shafi Vocal Studio.

Nukilan, Afif, Zizi Kirana, Kmy Kmo

Artikel Lain