suria

“Tiada siapa boleh ganti tempat Emma dalam hati saya” - Alvin Chong

Alvin akui hubungan persahabatan dia dan Emma sangat rapat.

GANDINGAN pelakon Alvin Chong dan Emma Maembong menerusi drama Awak Suka Saya Tak membuatkan peminat suka melihat keserasian mereka.

Alvin, 29, mengakui hubungan mereka yang sancta serasi sehingga menganggap tiada siapa yang mampu menggantikan tempat Emma di hatinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sahur tiga biji kurma, cubaan Alvin Chong berpuasa hari pertama Ramadan berjaya

Malah, dia meluahkan rasa terharu apabila Emma menerima tawarannya untuk berlakon dalam video muzik lagu terbaharunya, Tak Terganti.


Peminat suka gandingan Alvin dan Emma dalam drama Awak Suka Saya Tak.

"Emma seorang kawan yang saya sangat rapat dan menghargai persahabatan kami. Tak ada orang boleh ganti tempat dia dalam hati saya.

"Saya sangat terharu Emma terima tawaran untuk berlakon dalam video muzik saya walauapun dia tak tahu pun konsep video dan lagu itu.

"Bagi saya, memang Emma paling sesuai sebab dia ada semua ciri-ciri yang diperlukan seperti ramai pengikut di laman sosial," katanya kepada mStar.

Bagi saya, memang Emma paling sesuai sebab dia ada semua ciri-ciri yang diperlukan.

ALVIN CHONG

PELAKON DAN PENYANYI

Video muzik yang mengandingkan pasangan ini akan dilancarkan di saluran YouTube AlvinChongVevo, pada Isnin.

Lagu Tak Terganti itu merupakan hasil ciptaan Ariadinata yang juga vokalis kumpulan Samson dari Indonesia.

Single tersebut telah dilancarkan pada 17 Januari lalu dan turut menjadi runut bunyi drama Tolong Sempurnakan Cinta Mami lakonan Alvin.

Alvin terima dua tawawan berlakon dalam filem Melayu.

Dalam pada itu, bercakap mengenai lakonan Alvin memberitahu dia ada menerima dua tawaran untuk membintangi filem Melayu.

Bagaimanapun, dia masih mempertimbangkan tawaran tersebut kerana dalam proses perbincangan lebih lanjut dengan pihak produksi terlibat.

"Saya dapat dua tawaran untuk filem Melayu tetapi tak tahu nak terima atau tidak. Sebab nak kena tengok pada jadual juga.

"Buat masa sekarang, kena bincang dahulu mengenai skrip dan bila mula penggambaran. Takut nanti tarikh yang ditetapkan saya tiada di sini," ujarnya.

Alvin Chong, Emma Maembong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain