Anak sulung sudah 5 bulan, Abam (Bocey) rancang cahaya mata kedua

Abam dan isteri sudah merancang untuk mendapatkan cahaya mata kedua.

PELAWAK Abam Bocey memberitahu biarpun anak sulungnya baru sahaja berusia lima bulan, dia dan isteri kini sudah berusaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua.

Menurut Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 31, dia enggan merancang soal anak kerana bimbang sekiranya sukar diberikan rezeki zuriat lagi selepas ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Abam macam nak lari menjerit isteri dah 3 bulan hamil

“Sekarang ini saya dan isteri sentiasa cuba untuk anak kedua pula sebab bagi saya, soal anak ini kita tak boleh nak merancang. Takut nanti rancang untuk tiga tahun lagi, tiba-tiba selepas itu tak ada rezeki.

“Jadi sekarang ini, saya sentiasa berusaha saja walaupun anak pertama baru sahaja lima bulan dan kalau ada rezeki, saya terima. Isteri pun okey saja sebab dia pun ada adik-beradik yang ramai,” kata Abam kepada mStar.


Abam tidak menolak untuk dikurniakan cahaya mata dengan cepat.

Abam ditemui ketika sidang media teater Siti Di Alam Fantasi di Istana budaya, Kuala Lumpur pada Rabu.

Isteri kepada Abam iaitu Siti Norhidayah melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Syed Uthman Hamzah di Hospital Selayang pada 14 Jun lalu.

Abam dan Norhidayah berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.

Dalam pada itu, Abam menjelaskan dia menerima tawaran untuk menjayakan teater arahan Aminah Rhapor itu bukan kerana bayaran namun ingin kembali beraksi di pentas Istana Budaya selepas hampir empat tahun.

Abam teruja dapat kembali beraksi di pentas Istana Budaya.

“Saya terima tawaran untuk berlakon dalam teater itu sejujurnya bukan disebabkan bayaran, malah saya tak kisah pun bab bayaran itu. Sebabnya saya rasa teruja nak beraksi semula di pentas IB.

“Kali terakhir saya menjayakan teater Mak Cun Diwale sekitar 2015, jadi bila sekali lagi diberi peluang, memang saya tak lepaskan. Mengejutkan lagi apabila saya ditawarkan untuk pegang watak utama.

“Pada mulanya, saya ingat hanya watak sampingan tapi rupa-rupanya tidak, saya antara watak utama bersama-sama Janna Nick dan Johan Raja Lawak,” ujarnya.

Selain Abam, teater yang akan dipentaskan pada 21 hingga 26 November depan itu turut dibintangi oleh Janna Nick, Johan Raja Lawak, Datin Seri Umie Aida, Erma Fatima, Issey, Ozlynn Waty dan Datuk Ziela Jalil.

Abam, Bocey, cahaya mata

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain