Anak Shah Gegar meninggal dunia selepas 3 hari dilahirkan - “Mesin sokongan hayat dicabut, tak sanggup tengok baby derita lebih lama...”

Anak ketiga Shah Muhammad menghidap komplikasi pada jantung di sebelah kiri.

KEGEMBIRAAN penyampai radio THR Gegar, Shah Muhammad menyambut kelahiran anak ketiga pada Ahad lalu berakhir apabila bayi itu disahkan meninggal dunia akibat komplikasi pada jantung sebelah kiri.

Menurut Shah, bayi lelaki itu meninggal dunia kira-kira pukul 5 petang Rabu di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban selepas dia dan isteri membuat keputusan untuk membenarkan mesin sokongan hayat anaknya itu dicabut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Terima kasih Allah... walau hanya empat hari bergelar bapa” - Anak penyanyi Azizul Haqim (3 Juara) meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi AF4 Shazroul meninggal dunia selepas dua minggu bertarung nyawa, hasrat nikah tahun depan tak kesampaian

"Hari pertama dilahirkan, bayi normal, seperti biasa sahaja. Tetapi masuk hari kedua baby dah tak mahu menyusu kemudian dalam tengah hari tu baby mula sesak nafas. Bila sampai di hospital nampak baby dah lemah dan bila doktor periksa dia beritahu baby kami ada komplikasi pada jantung.

Anak ketiga Shah disahkan menghidap komplikasi pada jantung sebelah kiri.

"Jantung sebelah kiri dia tak berfungsi dengan baik. Apabila baby tak mahu menyusu, itu yang membuatkan kandungan asid dalam badan tinggi.

"Kes sebegini adalah yang terpencil. Dalam 10,000 kelahiran hanya satu yang jadi begini," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Shah dan isteri iaitu Izyan Shazana Mazlan, 32, berkata, mereka tidak sanggup melihat penderitaan yang ditanggung anak kecil itu. 

Sekarang ini kami hanya tunggu semua ahli keluarga hadir untuk tengok baby sebelum cabut mesin itu.

SHAH MUHAMMAD

Penyampai radio THR Gegar

Katanya, dia juga reda selepas doktor memberitahu keadaan bayi berkenaan terlalu kritikal dan tidak dapat bertahan lama.

"Doktor dah maklumkan yang jangka hayat baby tak lama... saya dan isteri reda. Sebelum ini pun baby bergantung pada oksigen dan ubat untuk hidup.

"Saya dan isteri tak sanggup nak tengok baby menderita lebih lama... tak sanggup nak tengok baby dengan wayar masuk dekat badan dia. Kami pun dah tahu pengakhirannya bagaimana.

"Asalkan masa baby pergi, kami ada dengan dia. Jauh di sudut hati kami memang sedih tetapi kami reda kerana memikirkan dia anak syurga dan saham akhirat kami," katanya.

Shah Muhammad, THR Gegar

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah ke-16