Achey dan Fad sedia ambil alih kerja Abam Bocey yang tertunggak - “Kami terima tugas itu secara percuma untuk keluarganya”

Achey sedih Abam tidak sempat jayakan program mereka bertiga.

KEHILANGAN seorang sahabat yang sudah dianggap seperti darah daging sendiri memberi impak yang besar dalam hidup pelawak Achey dan Fad Bocey.

Menurut Achey, 34, dia dan Fad bersedia untuk mengambil alih kerja atau tawaran berlakon yang sudah diterima Abam Bocey secara percuma untuk membantu keluarga arwah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku minta maaf tak dapat tengok kau buat kali terakhir” - Fad, Achey gagal kawal emosi, menangis kehilangan Abam Bocey

ARTIKEL BERKAITAN: Abam Bocey meninggal dunia akibat demam panas

"Saya dan Fad berjanji jika ada kerja atau tawaran arwah yang masih tergantung, dalam penggambaran atau yang sudah diterima, kami sedia mengambil tugas itu secara percuma untuk dia serta keluarganya.

Achey ketika ditemui di kediaman arwah Abam.

"Itu sahaja yang saya dan Fad dapat bantu isteri dan keluarga arwah Abam," kata Achey kepada mStar.

Achey ditemui di kediaman Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, di Gombak, pada Isnin.

Allahyarham meninggal dunia di kediamannya selepas dua hari mengalami demam panas.

Dua hari lalu, kami ada berhubung di WhatsApp berbincang mengenai projek ini tapi itulah... semuanya dah disusun Allah.

ACHEY BOCEY

PELAWAK

Pemergian mengejut Abam pada pagi Isnin turut memberi tamparan buat semua selebriti tempatan yang pernah bekerjasama dengan arwah.

Dalam pada itu, Achey memberitahu biarpun Abam sudah tiada, dia dan Fad akan meneruskan perancangan mereka untuk menerbitkan sebuah program khas untuk peminat.

"Sebenarnya kami bertiga sudah berjanji nak terbitkan sebuah program sendiri khas untuk peminat setia. Walaupun tiada pemintaan untuk Bocey di TV tapi tak apa, masih ada platform lain untuk orang tengok kami.

Achey dan Fad akan teruskan perancangan mereka menerbitkan sebuah program.

"Dua hari lalu kami ada berhubung di WhatsApp, sempat bergurau dan berbincang mengenai projek ini tapi itulah... semuanya dah disusun Allah.

"Apa-apa pun, saya dan Fad tetap akan teruskan projek itu bukan sebab kami nak tapi demi Abam kerana ini idea dia juga," ujarnya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan. 

Achey, Fad, Abam, Bocey

Artikel Berkaitan

Artikel Lain