“Sepatutnya dah mula latihan” - Khir Rahman terkilan Abam tak dapat jayakan teater 'Korupsi Dewan Semandung' - Hiburan | mStar

“Sepatutnya dah mula latihan” - Khir Rahman terkilan Abam tak dapat jayakan teater 'Korupsi Dewan Semandung'

Hasrat Khir untuk melihat Abam berlakon dalam teater arahannya tidak kesampaian.

HASRAT pelakon dan pengarah Khir Rahman untuk melibatkan Allahyarham Syed Umar Mokhtar atau Abam (Bocey) dalam teater arahannya tidak kesampaian apabila pelawak itu pergi buat selama-lamanya pada Isnin lalu.

Menurut Khir, 46, Abam sepatutnya memulakan latihan teater berjudul Korupsi Dewan Semandung pada hari kejadian, namun ia tidak dapat direalisasikan.

“Sepatutnya pada hari Abam meninggal dunia itu kita adakan latihan teater pukul 11 pagi, tapi dapat pula berita yang lebih mengejutkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau aku mati tolong kebumikan tau” - Achey dedah pesanan terakhir Abam pada hari ulang tahunnya

ARTIKEL BERKAITAN: Achey dan Fad sedia ambil alih kerja Abam Bocey yang tertunggak - “Kami terima tugas itu secara percuma untuk keluarganya”

“Sejujurnya saya ada plan besar untuk Abam tapi nampaknya tak kesampaian, teater yang bakal dipentaskan di Istana Budaya ini merupakan salah satu rancangan itu.

“Bagaimanapun tuhan lebih sayangkan Abam dan kami kena terima dan reda dengan ketentuan ini,” katanya kepada mStar.

Khir terkejut mendengar perkhabaran Abam telah meningal dunia.

Teater komedi seram, Korupsi Dewan Semandung itu dijangka akan dipentaskan di IB pada 28 hingga 29 Februari dan 1 Mac ini.

Selain Abam, ia turut dibintangi oleh Joey Daud, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Chiwan dan ramai lagi.

Sementara itu, Khir memaklumkan dia dan team produksi akan duduk berbincang bagi mencari pelakon yang akan menggantikan watak Abam itu.

Sepatutnya minggu lepas kami adakan pertemuan pertama tapi Abam agak sibuk masa tu, jadi tak sempat nak jumpa.

KHIR RAHMAN

PELAKON

“Sepatutnya minggu lepas kami adakan pertemuan pertama tapi Abam agak sibuk masa tu, jadi tak sempat nak jumpa. Hari Isnin baru kita confirm adakan latihan pertama.

“Kami semua tak terfikir langsung akan berlaku macam ini, memang tak pernah letak plan B atau sebagainya... lepas ini kita akan berbincang semula untuk tukar plan lain setelah ketiadaan Abam,” ujarnya. 

Abam, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin selepas dua hari mengalami demam panas.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.

Abam , Khir Rahman

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain