suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pilu... Achey sambut Fad bersama baju peninggalan Abam di KLIA - “Aku terbayang kau pun ada dalam pelukan tu”

Fad mencium baju tinggalan arwah Abam.

AIR mata dan baju menjadi pengubat rindu kepada arwah Abam ketika pelawak Achey menjemput sahabatnya Fad di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur pada pagi Rabu.

Kedua-dua ahli kumpulan Bocey ini tidak dapat menahan sebak dan berpelukan kerana terlalu sedih dengan pemergian Abam.

Ini berikutan Fad tidak dapat menghadiri majlis pengebumian sahabatnya itu kerana bercuti bersama keluarga di Jepun.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau aku mati tolong kebumikan tau” - Achey dedah pesanan terakhir Abam pada hari ulang tahunnya

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku minta maaf tak dapat tengok kau buat kali terakhir” - Fad, Achey gagal kawal emosi, menangis kehilangan Abam Bocey

Menerusi Instagram, Fad berkata dia dapat merasakan seolah-olah arwah Abam masih ada bersama mereka pada pagi itu.

"Alhamdulillah, selamat sampai... aku terbayang kau pun ada Abam dalam pelukan tu, Allah... kita kena kuat ya Achey, dapat semangat aku balik," tulis Fad.

Baju arwah Abam menjadi kenangan untuk Fad dan Achey.

Sementara itu, Achey pula menerusi muat naiknya di laman sama menyatakan dirinya kembali bersemangat dan tenang setelah kepulangan sahabatnya itu.

"Darah, nafas, jantung aku kembali bergerak tenang... sayap kiri dan kanan #Bocey terasa mula bergerak perlahan semula... itu yang kami ada buat masa ni," katanya.

Sejurus pertemuan itu, Fad terus bergegas ke kediaman Abam di Gombak untuk bertemu keluarga Allahyarham.

Suasana di kediaman itu bertukar pilu sejurus ketibaan Fad yang terus memeluk adik Abam yang juga pelawak iaitu Ali Puteh.

Fad sedih tak dapat menghadiri pengebumian Abam kerana bercuti di Jepun.

Pada Isnin lalu, Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak selepas dua hari mengalami demam panas.

Pemergian Abam itu mengejutkan ramai peminat termasuklah ahli kumpulan Bocey iaitu Fad yang berada di luar negara.

Apabila mengetahui berita tersebut, Fad memuat naik video pendek dan berkongsi kapsyen sedih di laman Instagram.

"Aku minta maaf tak dapat tengok kau buat kali terakhir, maafkan aku," tulisnya diiringi air mata kesedihan.

Terdahulu, kumpulan Bocey ditubuhkan pada tahun 2012 dan dicungkil bakat mereka menerusi sebuah program realiti TV3.

Abam, Achey, Fad

Artikel Lain