“Kita Baik Ramai Sayang, Gemok Is Awesome” - Tagline jadi ingatan… Ini 11 fakta menarik perjalanan hidup Abam! - Hiburan | mStar

“Kita Baik Ramai Sayang, Gemok Is Awesome” - Tagline jadi ingatan… Ini 11 fakta menarik perjalanan hidup Abam!

Pemergian Abam bukan sahaja dirasai teman artis malah peminat turut bersedih dengan berita mengejutkan ini.

GUGURNYA seorang lagi bintang... Pemergian Abam merupakan satu kehilangan besar buat industri komedi tanah air.

Berita mengejutkan ini turut dirasai oleh rakan artis dan peminat yang pastinya akan merindui gelagat dan aksi lucu Abam.

Paling terkesan dengan pemergian tidak diduga ini ialah ahli kumpulan Bocey iaitu Fad dan Achey.

ARTIKEL BERKAITAN: Abam Bocey meninggal dunia akibat demam panas

ARTIKEL BERKAITAN: Amalan luar biasa Abam, Mr Os dan Pak Yus ketika hidup... Ustaz Hanafi bongkar mengapa ramai ziarah jenazah mereka

ARTIKEL BERKAITAN: Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Tiada siapa menyangka, Abam yang baru berusia 32 tahun terlebih dahulu dipanggil bertemu pencipta meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya.

Kali ini mStar senaraikan 11 fakta menarik mengenai Abam!

1. Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan dilahirkan pada 19 Januari 1988 di Gombak, Selangor. Dia merupakan abang kandung kepada pelawak Ali Puteh.

Adik kandung Abam iaitu Ali Puteh merupakan seorang pelawak.

2. Bakat Abam mula dikesan menerusi program Bintang Mencari Bintang musim pertama terbitan TV3 pada tahun 2013. Abam bersama Fad menubuhkan kumpulan Bocik dan merupakan anak didik kepada Datuk Afdlin Shauki. Dalam  pertandingan yang sama, Achey pula merupakan anak didik kepada pelawak Allahyarham Harun Salim Bachik dan selepas program itu tamat mereka bertiga bergabung menubuhkan kumpulan Bocey.

Kumpulan Bocik dianggotai oleh Abam dan Fad. Manakala, Datuk Afdlin Shauki merupakan mentor mereka.

3. Abam terkenal dengan slogan Gemuk Is Awesome kerana bertubuh besar. Tagline itu diungkapkan dalam ucapannya ketika mengambil trofi kemenangannya menerusi kategori Artis Komedi Popular di ABPBH 2014. Selain itu tagline Kita Baik Ramai Sayang yang sering digunakan Abam sebelum ini turut menjadi sebutan.

Tagline Gemuk is Awesome diucap oleh Abam semasa menerima trofi dalam sebuah anugerah hiburan pada tahun 2014.

4. Abam menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya, Nor Hidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017 di Sabak Bernam, Selangor. Majlis perkahwinannya berlangsung penuh meriah dan dihadiri oleh lebih 5,000 tetamu. Sebelum ini, Abam pernah memberitahu dia lebih selesa tidak mendedahkan isterinya dengan industri hiburan.

5. Abam dan isteri dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Syed Uthman Hamzah di Hospital Selayang pada 14 Jun 2019.

Abam berkahwin dengan wanita pilihannya pada tahun 2017.

6. Abam mengakui gembira apabila dapat menunaikan impian membawa ibunya menunaikan ibadah umrah. Menurutnya, itu merupakan salah satu momen paling bermakna kerana dapat menggembirakan hati ibunya.

7. Pada Jun 2019, Abam naik berang dengan tindakan seorang netizen yang meninggalkan komen di media sosial meminta dia melakukan ujian DNA terhadap anaknya. Menurut Abam, komen itu keterlaluan dan menyinggung perasaannya sebagai seorang bapa. Bagaimanapun, isu berakhir dengan baik apabila dia dan netizen itu bertemu. Abam mengambil keputusan memaafkan lelaki tersebut.

Abam dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dan bersedia menimang anak kedua.

8. Walaupun sudah bergelar selebriti popular, Abam tidak malu dan kekok membantu keluarga menjalankan perniagaan makanan di bazar Ramadan. Menerusi laporan mStar, Abam berkata perniagaan mi, bihun dan kuey teow 'kejung' yang diusahakannya bersama keluarga menerima sambutan yang baik daripada penduduk di sekitar Gombak.

9. Meskipun anak sulung baru berusia lima bulan, Abam memberitahu dia dan isteri sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua mereka dan tidak mahu merancang soal anak kerana bimbang sekiranya sukar diberikan rezeki zuriat lagi selepas ini.

Impian Abam untuk bawa ibu tunaikan umrah sudah tercapai.

10. Berita mengejutkan apabila pada pagi 10 Februari 2020, Abam dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di Gombak. Abam mengalami demam panas dan sakit kepala sejak dua hari sebelum kematiannya dan Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, Selangor.

Achey dan Fad paling terkesan dengan pemergian mengejut Abam.

11. Sikap dan peribadi arwah Abam semasa hidupnya menjadi perbualan masyarakat, ia turut diakui oleh ibunya Sabariah Arshad yang menyifatkan anaknya seorang yang amat bertanggungjawab terhadap keluarga. Arwah menanggung kos rawatan sakit kaki ibunya selain membantu keperluan adik-beradik lain. Malah, dia juga sering menderma ke rumah anak yatim dan membantu mereka yang memerlukan.

Semoga roh Allahyarham Syed Umar Mokhtar atau Abam dicucuri rahmat dan ditempat dalam kalangan orang beriman!

Abam Bocey

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.