suria

Menang Pelakon Antagonis Terbaik ADS 2021, Liza Abdullah buktikan masih releven selepas 40 tahun dalam industri seni

Liza Abdullah buktikan masih relevan meskipun sudah 40 tahun berada dalam industri.

PELAKON Liza Abdullah meluahkan rasa terharu dan tidak menyangka bakatnya masih menjadi perhatian ramai sehingga meraih anugerah Pelakon Antagonis Terbaik di malam Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) yang berlangsung pada malam Sabtu.

Kekal relevan sebagai pelakon, Liza, 57, berkata sokongan peminat membuatkan dia terus bertahan dalam industri selama 40 tahun.

"Selepas 40 tahun apabila orang angkat sampai ketahap ini saya rasa sangat terharu dan masih relevan walaupun saya dah lama dalam industri.

ARTIKEL BERKAITAN: Meletop dengan watak 'Mak Leha', pernah berduet dengan Ringgo (Arrow) lagu 'Samarenda'... ini 10 fakta tentang Liza Abdullah

ARTIKEL BERKAITAN: “Walaupun sebak saya lepaskan dengan rela hati!” - Liza Abdullah dapat menantu pertama, terkilan tak dapat jemput ramai tetamu

"Selagi saya diberi peluang dan kekuatan saya akan terus berjuang... saya tak menafikan apa sahaja yang kita buat pasti ada perancangan sama ada kita nak teruskan atau berhenti.

"Tapi saya anggap kerja seni ini benda saya minat, mungkin ada masa kita rasa down dan mahu berehat seketika, tapi sebagai pelakon kita tak boleh kata stop sebab kita akan rindu," katanya kepada mStar.

liza 2

Liza syukur masih dapat sokongan peminat.

Pelakon yang membawa watak Mak Leha dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini ditemui secara maya sejurus kemenangannya pada malam ADS 2021.

Dalam pada itu, Liza turut meluahkan rasa syukur atas kemenangan itu dan berterima kasih kepada juri yang memilihnya sebagai pemenang.

Malam ini rezeki berpihak kepada saya dan saya yakin semua calon lain juga sudah melakukan yang terbaik!

LIZA ABDULLAH

PELAKON

"Saya percaya, pemilihan juri melihat pelbagai aspek dan terima kasih kepada juri kerana percaya bakat saya. Terima kasih juga kepada penyokong yang mengundi saya.

"Apabila saya dicalonkan dalam kategori ini, saya melihat pelakon lain yang tercalon dan ada beberapa drama yang sempat saya tonton.

liza 3

ADS 2021 dihentikan siaran kerana banjir.

"Tapi, malam ini rezeki berpihak kepada saya dan saya yakin semua calon lain juga sudah melakukan yang terbaik," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, ADS 2021 yang bersiaran secara langsung di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur terpaksa dihentikan siaran berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Pihak pengurusan Media Prima memaklumkan penangguhan ini terpaksa dibuat kerana berlaku bencana banjir di lokasi anugerah itu diadakan.

Hanya sembilan anugerah sempat disampaikan secara langsung iaitu Pelakon Antagonis Terbaik, Penulis Skrip Terbaik, Drama Adaptasi Novel Terbaik, Babak Tular Terbaik, Pasangan Drama Terbaik, OST Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Anugerah Drama Mandarin Terbaik.

Manakala baki lima anugerah lain akan diumumkan menerusi program Melodi pada Ahad.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain