suria

Tweet Sharifah Rose untuk siapa? - “Hanya kerana perjalanan kita berbeza, tak bermakna anda berhak untuk tidak mengiktiraf saya”

Netizen rata-rata mendakwa status ciapan Izara ditujukan terhadap Sharifah Rose.

PENDAPAT pelakon Izara Aishah yang bingung apabila ramai golongan selebriti media sosial atau Instafamous kini bergelar pelakon dan diberi peluang oleh stesen televisyen menerima reaksi pelbagai pihak.

Malah, salah seorang selebriti Instagram, Sharifah Rose turut memuat naik status berbunyi seakan-akan kurang senang dengan kenyataan Izara berkaitan perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aishah bingung ramai ‘Instafamous’ dah jadi pelakon - “Stesen TV semakin tiada bajet sebab Covid-19 ke?”

Sharifah Rose atau nama sebenarnya, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, 23, yang membuat kemunculan dalam sebuah drama berjudul Mix & Match meluahkan isi hati tentang kenyataan yang seperti tidak mengiktiraf bakat seninya.

"Hanya disebabkan perjalanan kita berbeza, itu tidak bermakna anda berhak untuk tidak mengiktiraf bakat saya," katanya.



Izara Aishah membalas ciapan yang ditulis Sharifah Rose.

Rata-rata netizen mula membuat spekulasi bahawa status itu ditujukan kepada Izara Aishah.

Tidak lama kemudian, Izara membalas dengan bertanya sama ada ciapan itu ditujukan kepadanya.

Hanya disebabkan perjalanan kita berbeza, itu tidak bermakna anda berhak untuk tidak mengiktiraf bakat saya.

SHARIFAH ROSE

PELAKON, INSTAFAMOUS

“Hi Rose, is this tweet for me (adakah ciapan ini untuk saya)? Saya baru perasan,” tulisnya.

Bagaimanapun, Sharifah Rose tidak membalas ciapan tersebut sehingga pengikutnya mula menyerang akaun Twitter pelakon Ombak Rindu The Series berkenaan.



Izara menafikan ciapannya sebelum ini mengenai Instafamous bukan ditujukan terhadap Sharifah Rose.

Sementara itu, Izara dalam ciapan yang berlainan menjelaskan kenyataan yang dibuat sebelum ini berkaitan Instafamous bukan ditujukan kepada Sharifah Rose.

Malah, Izara turut mengalu-alukan kehadiran selebriti Instagram itu dalam bidang lakonan dan bergelar anak seni.

"Oh anda semua memang obses dengan Sharifah Rose. Rose, anda sudah berlakon sejak belum bergelar Instafamous lagi dan dengarnya ia memang minat anda.

"Tolong menyinar dan jadi salah seorang anak seni yang mengangkat nama industri," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain