suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nubhan kongsi kesedihan kesihatan Mak Jenny merosot

Nubhan kongsi keadaan terkini Mak Jenny.

PENYANYI dan usahawan Nubhan berkongsi perkhabaran duka mengenai keadaan kesihatan ibunya dikenali sebagai Mak Jenny yang kini semakin merosot sehingga terlantar sakit.

Menerusi satu perkongsian, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 40, mengakui fasa melihat kesihatan ibunya yang perlahan-lahan merudum merupakan detik paling sukar dan perit untuk diterimanya. 

Katanya, hospital kini sudah menjadi rumah kedua buat mereka sekeluarga memandangkan Mak Jenny yang berusia 80 tahun itu perlu menjalani pelbagai rawatan secara kerap.

Mak Jenny kini terlantar sakit. 

"Inilah bahagian yang paling saya tak sanggup tengok, dan bahagian yang paling saya tak suka untuk ingat balik sebab sinilah bermula semuanya.

"Kesihatan mak perlahan-lahan merosot. Daripada seorang wanita yang sentiasa aktif, sentiasa menjadi penguat keluarga dan sekarang hospital mula jadi tempat yang kerap kami pergi. 

"Rawatan demi rawatan, dan sejak hari itu, saya mula sedar tiada siapa yang akan kekal kuat selama-lamanya," luah Nubhan dalam hantaran di media sosialnya pada malam Sabtu. 

Nubhan memuat naik kompilasi video memaparkan ibunya yang cukup aktif dan ceria suatu ketika dahulu dan keadaan terkini Mak Jenny. 

ARTIKEL BERKAITAN: Hadiahkan ‘katil hospital’ buat Mak Jenny, netizen tersentuh lihat layanan Nubhan terhadap ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Puas Nubhan pujuk ibu buat pembedahan, Mak Jenny takut selepas dengar cerita kawan-kawan

Menurut Nubhan, dia sama sekali tidak menyangka figura yang sentiasa kelihatan kuat dan sihat itu akhirnya diuji dengan keuzuran.

"Dulu saya selalu ingat, mak akan kekal macam ini (sihat) selamanya. Masih mampu berjalan, masih mampu ketawa, bergurau dengan kami.

"Rupa-rupanya Allah hanya meminjamkan saat-saat itu supaya satu hari nanti, bila saya lihat kembali semua kenangan ini, saya tahu betapa berharganya nikmat mempunyai seorang ibu yang sihat.

"Betapa cepatnya masa mengubah segala-galanya," ujarnya. 

Nubhan rindu untuk melihat keriangan Mak Jenny. 

Dalam masa sama, Nubhan turut meluahkan rasa rindu terhadap momen-momen indah di mana dia sering disambut dengan senyuman dan sapaan ibunya setiap kali pulang ke rumah.

"Orang selalu cakap, selagi mak masih ada, kita masih ada tempat untuk pulang. Hari ini, saya masih pulang tapi saya dah tak boleh pulang kepada mak yang dulu. Mak yang menyambut saya dengan senyuman, mak yang sibuk bertanya, sudah makan?

"Sekarang saya cuma mampu memandang wajah mak, dan berdoa dalam diam. Ya Allah, jangan ambil senyuman mak, sebelum sempat saya membahagiakannya sekali lagi.

"Inilah keadaan Mak Jenny sekarang. Doakan Mak Jenny sembuh ya," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain