suria

Puas Nubhan pujuk ibu buat pembedahan, Mak Jenny takut selepas dengar cerita kawan-kawan

PENYANYI Nubhan mendedahkan ibunya iaitu Mak Jenny sedang berdepan masalah pada bahagian lutut sehingga menyebabkannya dia sukar untuk berjalan dan perlu membuat pembedahan supaya tidak menjadi lebih teruk.

Nubhan bagaimanapun mendedahkan Mak Jenny atau nama sebenar Badariah Omar, 80, enggan melakukan pembedahan selepas menerima momokan daripada orang sekeliling mengenai kesan operasi berkenaan.

“Saya dah tanya pakar. Mak saya punya lutut sudah ‘stage 4’, dah ‘haus’. Kalau kita buat rawatan suntikan (pada bahagian lutut), tidak menjadi. Doktor saran untuk lakukan pembedahan tapi mak tak nak dengar cakap doktor.

“Dia lebih dengar cakap kawan-kawan dan mak cik sambal belakang rumah. Dia dimomokkan dengan pendapat kawan yang mengatakan kalau bedah nanti tak boleh jalan lagi. Untuk sekarang tunggu mak punya keputusan sahajalah dan yakinkan untuk buat pembedahan,” katanya kepada mStar.

Kata Nubhan, doktor menyarankan supaya melakukan pembedahan selagi ibunya itu masih boleh berjalan kerana proses penyembuhan lebih tinggi berbanding ketika usia lebih lanjut nanti.

Dalam masa sama, Nubhan juga memaklumkan Mak Jenny turut mengalami masalah radang pada paru-paru selepas pulang bercuti dari Krabi, Thailand pada November tahun lalu.

Bagaimanapun keadaan Mak Jenny kini semakin baik selepas mendapat nasihat daripada doktor.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi