suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanna Ali membilang hari bahagia, bakal suami cukup sempurna ada ciri-ciri lelaki idaman

PELAKON Wanna Ali akhirnya membuka mulut menjawab mengenai dakwaan yang mengatakan dia bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Wanna atau Nor Syazwana Mohd Ali, 28, bagaimanapun tidak mahu terlalu berkongsi berita baik tersebut sebaliknya hanya meminta supaya urusannya bersama pasangan dipermudahkan.

“Ya, Alhamdulillah sekarang ini saya sedang bahagia. Soal bakal berkahwin dalam masa terdekat, saya hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan.

“Sememangnya saya mahu kahwin sebab saya ini jenis yang ‘dating’ untuk berkahwin,” katanya kepada mStar.

Wanna ditemui semasa acara Welcome To The World Of Dr Cardin yang diadakan di Kuala Lumpur pada Rabu.

Ditanya mengenai jejaka yang berjaya memiliki hatinya, Wanna memaklumkan lelaki tersebut memiliki kesempurnaan dimatanya.

“Dia seorang yang sangat baik. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan dia adalah definisi lelaki sebenar. Dia juga adalah lelaki tradisional yang saya cari selama ini dan maskulin. Sangat sempurna di mata saya,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi