suria

Nizam Laksamana kesal ada individu cakap belakang, mula kecilkan ‘circle’ cari ketenangan

PENYANYI Nizam Laksamana kesal apabila mengetahui ada pihak kurang senang dan iri hati melihat kejayaannya menganjurkan Showcase Amal Artis Lagenda 4.0 pada tahun lalu.

Nizam atau Mohd Nizam Pechok, 58, berkata tindakan individu berkenaan seolah-olah seperti mahu menutup periuk nasinya.

Lebih mengecewakan apabila Nizam mendakwa individu berkenaan merupakan kenalan dikenali.

“Bila saya buat sesuatu tu macam ada pihak cuba merendahkan dan menyekat daripada melakukan perkara kebaikan malah cerita buruk tentang saya dibelakang kononnya saya inginkan publisiti.

“Saya tak faham kenapa dia buat macam tu sedangkan dalam kalangan industri hiburan juga dan saya membantu rakan artis yang kurang bernasib baik, bila usia lanjut ni rasanya tak perlu kut buat macam tu.

“Selepas saya anjurkan showcase terakhir tu, ramai yang cakap-cakap mengenai saya dibelakang dan yang sampaikan ni juga adalah rakan artis sendiri,” kata Nizam kepada mStar.

TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi