suria

Lebih banyak lagu duet... Siti Nordiana nampak aura Achik, Tomok sedia dibandingkan dengan arwah

AURA nyanyian pasangan Siti Nordiana dan Allahyarham Achik Spin sememangnya tidak boleh disangkal lagi.

Bagaimanapun, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, 40, berkata dia kini terbuka untuk menyanyikan semula lagu-lagu duet bersama arwah seperti Memori Berkasih dan Paling Comel bersama rakan penyanyi iaitu Tomok.

Kata Nana, dia memilih Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 40, sebagai rakan duet kerana penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu mempunyai jiwa yang sama seperti arwah.

“Untuk saya, Achik ada aura dia sendiri dan sememangnya tiada pengganti. Apa yang saya buat dengan Tomok hanyalah kesinambungan lagu-lagu duet kami. Saya juga berbesar hati sebab Tomok mahu nyanyikan lagu duet saya.

“Persamaan kami adalah mempunyai jiwa yang sama. Tomok ada jiwa Arwah Achik sebab sama-sama membesar dengan lagu leman. Jadi, tiada masalah untuk Tomok selami lagu duet saya dengan Achik,” katanya kepada mStar.

Nana ditemui selepas persembahan Live Music @ Sea di atas kapal persiaran Genting Dream Cruise pada Selasa.

Sementara itu, Tomok pula berkata dia sudah bersedia jika nyanyiannya kelak akan dibandingkan dengan Achik.

“Mesti akan ada perbandingan nanti. Macam saya, ada cara sendiri untuk sampaikan lagu mereka. Lagu mereka adalah ikonik dan saya hormatinya.

“Saya hanya sampaikan semampu saya. Tidak mahu cakap lebih bagus atau apa-apa. Saya hanya sampaikan menerusi bakat saya sendiri,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi