suria

Thamiera nak masuk pertandingan nyanyian lagi, teguran Mas Idayu buatkan diri lebih semangat

TIDAK terkesan dengan kritikan juri Famili Duo dan kecaman netizen, Thamiera Chan memberitahu dia tidak keberatan untuk menyertai lagi pertandingan nyanyian sekiranya diberikan peluang selepas ini.

Kata Thamiera atau Titu, komen diterima itu sama sekali tidak memberikan kesan negatif malah menguatkan lagi semangatnya untuk terus belajar dan memperbaiki kelemahan diri.

“Kecaman itu saya anggap sebagai pembakar semangat sebab yang negatif tu saya buang dan ambil yang positif.

“Tiada pun rasa terkesan dengan komen sebab keluarga dan kawan-kawan banyak berikan sokongan, selepas ni pun tak serik nak sertai lagi pertandingan nyanyian macam ni,” kata Thamiera.

Dalam pada itu Thamiera menjelaskan hubungannya dengan juri Famili Duo Musim empat iaitu Mas Idayu tiada masalah dan terbuka untuk bekerjasama pada masa akan datang.

“Hubungan saya dengan Mami Mas Idayu okay saja, rancangan televisyen jadi kena professional kan tapi apabila di belakang pentas orangnya sangat baik,” ujarnya.

TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi