suria

Azri Iskandar rimas sampai pening kepala, netizen terlalu sibuk ambil tahu kisah tak jadi kahwin

RIMAS dengan segala persoalan netizen berhubung isu peribadi, pelakon Azri Iskandar meminta supaya peminat hentikan mengambil berat mengenai isu peribadinya.

Mengulas perkara itu, Azri atau Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar berkata perkara itu memberikan kesan negatif kepadanya apabila terlalu sibuk ingin mengetahui soal hubungan percintaannya sebelum ini.

“Bila keterlaluan tu memang saya rimas tapi sekadar ingin tahu untuk pengetahuan atau hal sepatutnya jadi itu tiada masalah.

“Artis dengan peminat memang macam tu tapi kalau terlebih jadi tak baik dan peningkan kepala saya pula nanti.

“Kalau netizen nak tahu hal bekas isteri tiada masalah tapi mereka banyak nak tahu mengenai kahwin baru tu dan sekarang ni tiada jodoh mungkin dengan orang lain pula,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Azri dan bekas isterinya iaitu Ellie Suriaty bakal bergandingan dalam sebuah telemovie yang bakal ditayangkan pada Syawal pertama nanti.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi