PELAKON Alif Hadi mendedahkan fasa kegagalan hubungan cinta menjadi antara faktor kepada perubahan fizikalnya yang kini kelihatan semakin kurus.Kata Alif, 38, bukan disebabkan terlalu melayan perasaan. Sebaliknya dia mengisi masa lapang dengan beberapa aktiviti ekstrem bagi mengalihkan perhatiannya. "Ya, saya boleh katakan benda itu (putus cinta) juga menjadi faktor. Jadi, saya tidak mahu fikir tentang itu, saya buatlah aktiviti-aktiviti yang tidak masuk akal.Aktiviti larian penyebab Alif turun berat badan. "Saya banyak habiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak masuk akal contohnya masuk larian 30 kilometer (KM) dalam hutan, marathon 40 km dan banyak lagi."Saya jadikan ia sebagai satu benda yang lebih positiflah sebab tidak mahu terlalu fikir berkenaan benda yang sudah tiada," katanya kepada mStar.Jelas Alif, disebabkan aktiviti-aktiviti tersebut, berat badannya kini sudah menyusut sebanyak lima kilogram sehinggakan penampilannya mula menjadi perhatian orang ramai.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Alif Hadi dalam proses ‘healing’, hubungan cinta 3 tahun dengan Yasmin Hani sudah berakhirARTIKEL BERKAITAN: Alif Hadi rupanya duda, bekas isteri asal keluarga berpengaruh... Kahwin muda punca gagal pertahan rumah tangga"Saya nampak semakin kurus sebab tulang saya kecil."Ya, memang ramai yang tegur, tapi saya akui yang lebih suka dengan badan sekarang sebab lebih 'fit'," jelasnya.Bagaimanapun, Alif berkata perubahan fizikal itu turut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan segelintir pihak pihak sehingga ada yang menuduhnya mengambil bahan terlarang."Mestilah ada (tegur ambil barang) dan jawapannya tiada. Kalau orang yang ikuti saya, mereka akan nampak yang saya hari-hari bersukan dan ada dekat gim, tidak ada buat benda lain.Alif turun 5 kilogram disebabkan bersukan. "Malah, nak pergi keluar bercinta pun tidak sempat. Kalau ada peluang pun, saya lagi sanggup pergi ke gim," ujarnya.Dalam perkembangan lain, Alif kini sibuk di lokasi penggambaran drama terbaharunya berjudul Ikatan Terlarang.Alif memberitahu watak Rashid yang dipegangnya dalam naskhah tersebut sangat dekat dengan dirinya kerana jalan cerita itu adalah refleksi kisah silamnya sendiri.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!