“Saya dah muak dengan lelaki Melayu” - Instafamous mengaku tak suka ‘first date’ di kedai mamak, Mat Salih lebih faham perempuan - Viral | mStar

“Saya dah muak dengan lelaki Melayu” - Instafamous mengaku tak suka ‘first date’ di kedai mamak, Mat Salih lebih faham perempuan

Sara mengaku sudah serik bercinta dengan jejaka Melayu kerana mendakwa ramai cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya.

SEORANG gadis dikecam netizen gara-gara tidak suka bercinta dengan lelaki Melayu kerana didakwa suka membawanya ke kedai mamak setiap kali keluar janji temu.

Rakaman video berdurasi satu minit yang menyaksikan gadis itu mendedahkan punca dia tidak menyukai lelaki Melayu tular selepas dikongsi seorang netizen di Twitter.

Video itu mendapat hampir 700,000 tontonan dan 5,300 ulang kicau di platform media sosial itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyedihkan sikap segelintir netizen! Kematian Instafamous dijadikan bahan lawak - “Dah boleh langkah ke awak?”

ARTIKEL BERKAITAN: Darah haid keluar 2 bulan tanpa henti, ‘Instafamous’ Aisyah Hijanah derita akibat sihir

Usahawan kosmetik yang dikenali sebagai Sara Anna tampil menjelaskan punca sebenar dia berkata demikian.

"Sejujurnya saya dah muak dengan lelaki Melayu sebab saya dah lalui banyak pengalaman dengan mereka. Ini bukan first tapi dah banyak kali berlaku.

"Ramai cuba ambil kesempatan sebab mereka tahu saya siapa. Baru-baru ni pun saya keluar dengan lelaki Melayu, lepas tu dia ajak pergi lepak mamak. Saya ikutkan saja.

Sara sering kali berdepan pengalaman buruk ketika keluar janji temu dengan jejaka Melayu.

"Saya sebenarnya jenis tak kisah nak lepak mamak tapi bila time nak bayar tu dia buat dek je. Awak tu tengah ngorat perempuan tapi saya pula yang kena bayar. Itu tak baguslah," kata Instafamous itu kepada mStar.

Gadis berusia 25 tahun itu berpendapat lelaki sepatutnya bijak memilih lokasi yang sesuai untuk janji temu pertama mereka.

"Pada saya kamu tak patut bawa saya ke mamak pada hari pertama keluar dating. Apa perasaan kamu bila dah pakai cantik-cantik, vogue siap dengan high heels tapi tiba-tiba pergi mamak.

Ramai silap sebab saya dilabel sebagai perempuan mata duitan tapi sebenarnya saya berjaya kerana usaha keras diri sendiri.

SARA ANNA.

Instafamous.

"Saya sendiri kalau makan dengan kawan pun kami pergi decent restaurant. At least first time dating tu bawalah tempat proper sikit. Saya tak minta untuk bawa saya pergi tempat mahal-mahal.

"Tapi cukuplah bawa saya ke decent restaurant yang cantik. Kalau sanggup spend RM50 pun saya akan happy," katanya.

Disebabkan sikap itu, Sara berkata dia lebih selesa untuk berkawan dengan lelaki Mat Salih.

Sara lebih suka berkawan dengan jejaka Mat Salih kerana mereka lebih gentleman.

"Macam Mat Salih dalam video di IG saya, dia sebenarnya bukanlah teman lelaki saya. Saya masih single dan available.

"Kami hanya kawan. Kami masih lagi mengenal hati budi masing-masing. Dia orang Jerman tapi sekarang menetap di Singapura.

"Saya suka berkawan dengan lelaki Mat Salih sebab mereka tak kenal saya siapa. Selalunya saya cakap saya cleaner tapi mereka tetap bawa ke fine dining tanpa tanya saya nak pergi mana. Mereka lebih gentleman," katanya.

Pada masa sama, anak keempat daripada tujuh beradik itu turut menafikan dakwaan bahawa dia mata duitan.

"Saya selalu date dengan lelaki lebih tua. Bekas tunang saya dulu berusia 40 tahun tapi dia bukanlah sugardad saya.

"Ramai silap sebab saya dilabel sebagai perempuan mata duitan tapi sebenarnya saya berjaya kerana usaha keras diri sendiri.

"Saya berasal dari keluarga susah dan cari wang sendiri untuk ubah kehidupan saya dan keluarga," katanya.

Antara komen netizen yang menyokong pendapat Sara.

Meskipun dikecam hebat, Sara bagaimanapun enggan ambil pusing mengenai perkara itu.

"Ala saya tak kisah pun sebab saya memang selalu kena kecam pun. Walaupun ramai komen jahat tapi sebenarnya ada yang DM saya minta maaf.

"Mereka kata bersetuju dengan kata-kata saya tapi tak berani nak bersuara. Apa pun saya malas nak layan komen-komen jahat di media sosial. Saya dah lali dengan kecaman," katanya.

Posting di Twitter itu turut menerima respons positif segelintir netizen.

"She works hard to get lot of money. Its her choice to prefer what kind of men. Suka hati dialah tak suka mende, suka mende. Busuknya hati masing-masing kat komen," tulis Yuni.

"Betullah tu. Kalau lepak je dok mamak tengok bola pekena roti canai OK lah. Ni pergi dating pun nak usung pergi mamak jenuhlah. Perempuan nak juga tempat sweet-sweet dengan privacy," kata Aman.

Sara Anna , lelaki melayu , restoran mamak

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain