suria

Kurus sampai digelar penagih, lagi parah ditinggalkan kekasih... lihatlah abang sekarang dah sado!

Yaqin gembira dengan perubahan fizikalnya selepas dihina suatu masa lalu.

BADAN kurus sehingga digelar sebagai penagih dadah.

Itulah pengalaman yang dilalui Muhammad Yaqin Mohd Yazid, 22, sewaktu zaman remaja sehingga dia nekad mengubah diri selepas menamatkan persekolahan.

Mesra disapa Yaqin, pembantu doktor di sebuah klinik haiwan di Pasir Gudang, Johor itu mengakui gembira dengan perubahan fizikal yang berlaku, sekali gus mengubah persepsi orang sekeliling terhadap dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Atuk sado 53 tahun tiba-tiba famous, video bersenam terima ratusan ribu tontonan... ramai pula calonkan diri nak jadi isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Demi kelangsungan hidup, coach sado tak malu makan gaji angkut barang di pasar basah

"Saya masih ingat, masa zaman sekolah ada yang bergurau. Mereka kata saya terlalu kurus, kalau lalu sekatan jalan raya, mesti polis tahan untuk buat ujian air kencing. Mereka kata saya macam penagih dadah.

"Masa tu berat saya dalam 42 kilogram (kg). Jadi saya nekad nak ubah diri selepas habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Yaqin bekerja di sebuah klinik haiwan di Pasir Gudang.

"Terasa juga, tapi tak tarik muka dengan kawan-kawan. Saya cuma nekad nak buktikan bahawa saya juga boleh berubah.

"Awalnya saya pergi ke gim sendirian. Tak ada orang ajar, tak konsisten. Hampir putus asa. Kemudian dengan bantuan kawan, saya berjaya ubah fizikal diri. Sekarang berat saya 63kg," katanya kepada mStar.

Dulu saya pakai baju lengan panjang je, segan dengan diri.

YAQIN

Menurut anak ketiga daripada lima beradik itu, dia juga pernah ditinggalkan kekasih sewaktu berbadan kurus yang mana masalah itu turut menjadi pembakar semangat buatnya.

"Saya anggap peristiwa pada 2019 tu sebagai pembakar semangat. Tak ada jodoh. Masa tu dia ada tegur juga badan saya kurus.

"Kemudian kami putus cinta masa saya mula berjinak-jinak dengan gim. Alhamdulillah, sekarang saya dah berpunya. Baru sahaja.

Keadaan fizikal Yaqin sebelum dia memulakan transformasi beberapa tahun lalu.

"Perancangan saya, target nak kahwin, InsyaAllah pada umur 27," ujar Yaqin berseloroh.

Menurut jejaka itu lagi, dia juga tidak menyangka video transformasi fizikalnya meraih perhatian ramai di TikTok.

Dalam pada itu, Yaqin berkata, prosesnya untuk 'sado' bukan semata-mata kerana mahu memiliki fizikal menarik, tapi ia juga untuk kesihatan diri.

Yaqin kini lebih yakin dengan dirinya.

"Saya kerja dalam aircond, jadi sudah tentu saya mudah jatuh sakit kalau lama tak bersenam, tak keluar peluh.

"Jadi saya sentiasa ke gim untuk bersenam. Selain itu, ia juga menambah keyakinan diri. Dulu saya pakai baju lengan panjang je, segan dengan diri.

"Sekarang dah yakin kalau nak pakai baju lengan pendek. Alhamdulillah, kawan dan keluarga saya, terutamanya ayah banyak beri sokongan.

"Mereka nampak perubahan saya. Kepada mereka di luar sana yang lalui masalah sama, jangan mudah putus asa," ujar Yaqin lagi.

Menurut Yaqin, dia juga seorang pencinta haiwan dan memiliki 15 ekor kucing di rumahnya.

"Saya biasanya ambil kucing jalanan. Saya rawat dan bawa balik ke rumah untuk bela.

"Ada juga kucing yang datang ke rumah, jadi saya ambil bela juga. Saya memang suka haiwan," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain