suria

“Lepas ni baru adik tahu realiti dunia” - Kenapa sampai conteng baju sekolah, siap carut cikgu?

Foto tular yang menerima kecaman ramai di media sosial.

APABILA tamatnya sesi persekolahan, setiap murid ada cara tersendiri dalam meraikan kebebasan itu.

Pada hari terakhir atau biasanya disebut last paper, murid-murid pastinya akan merakam foto kenangan bersama rakan mereka.

Malah, ada yang turut menconteng uniform sekolah mereka dengan pelbagai lukisan, tandatangan dan kata-kata.

ARTIKEL BERKAITAN: Dendam cikgu baling buku, ini yang pelajarnya buat! “Dia tak halalkan pun ilmu yang dia bagi kat kami”

ARTIKEL BERKAITAN: Kena cop biadab, pelajar Form 2 perjelas tindakan conteng kertas exam, kemudian tayang di Twitter!

Terbaharu, tular sekeping foto memaparkan pelajar lelaki yang menulis kata-kata lucah terhadap guru di bahagian belakang baju mereka.

"F**k cikgu," begitulah kata-kata yang tertera di baju pelajar lelaki itu.

Malah, seorang lagi rakannya turut menulis perkataan sama, juga di bahagian belakang bajunya.

Setiap murid ada cara tersendiri untuk meraikan hari terakhir persekolahan, namun mereka haruslah berpada-pada dan tidak melakukan perkara yang menimbulkan kemarahan ramai. (Gambar Hiasan).

Tiga murid itu sedang menaiki dua motosikal sewaktu foto berkenaan dirakam sebelum ia tersebar di media sosial.

Di Facebook misalnya, foto itu turut dikongsi oleh Wan Mahussin Wan Zain sehingga dihujani lebih 2,000 komen netizen.

Rugi hidup jika tiada berkat dari pendidik mu. Abang pernah berada di tempatmu tetapi bukan ini caraku.

WAN MAHUSSIN WAN ZAIN

"Adik-adik adalah pewaris bangsaku.

"F**k Cikgu bagai gelap masa depanmu. Bersegeralah kembali dalam jalan hidup sebenar dik.

"Rugi hidup jika tiada berkat dari pendidik mu. Abang pernah berada di tempatmu tetapi bukan ini caraku," tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut menyuarakan rasa tidak puas hati atas tindakan kurang bermoral dua pelajar itu.

Netizen di Twitter turut mendoakan agar murid-murid itu menyedari kesilapan mereka dan tidak bersikap biadab terhadap guru. (Gambar Hiasan)

Selain kecaman, ramai yang turut meninggalkan komen nasihat serta mendoakan agar mereka berubah.

"Kita orang dulu-dulu memang sangat hormat cikgu-cikgu. Kita terdidik dengan elok. Walaupun cikgu tu sangat garang tapi kita tak pernah benci cikgu.

"Mana keberkatan yang kalian dapat andai guru pun dimaki?

"Tak apalah dik. Mungkin awak baru je nak kenal dunia sebenar. Lepas ni baru adik akan tahu realiti dunia," tulis netizen.

Murid-murid dinasihatkan agar tidak bersikap biadab terhadap guru yang banyak mencurahkan ilmu kepada mereka.

Malah, ada beberapa pelayar Facebook turut menzahirkan rasa sedih mereka atas tindakan itu.

"Sedihnya bila tengok anak bangsa sendiri macam ni. Moga dijauhkan daripada berlaku perkara macam ini lagi

"Sedihnya tengok. Seronok dah habis sekolah? Adik, kau keluar je sekolah, dari situ bermulanya titik kesusahan hidup kau," tulis netizen.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan dengan jelas di mana dan bila foto itu dirakam.

Selain Facebook, ia turut tular menerusi WhatsApp dan media sosial yang lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain