Dendam cikgu baling buku, ini yang pelajarnya buat! “Dia tak halalkan pun ilmu yang dia bagi kat kami” - Viral | mStar

Dendam cikgu baling buku, ini yang pelajarnya buat! “Dia tak halalkan pun ilmu yang dia bagi kat kami”

Perkongsian individu tersebut yang tular di Twitter.

BIADAB, begitulah komen rata-rata netizen terhadap seorang individu yang secara bangga mengaku pernah melukakan hati gurunya.

Menurut perkongsian individu tersebut menerusi laman Twitter, gurunya yang dikenali sebagai Cikgu Zeton pernah menangis kerana perbuatannya suatu ketika dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas murid 'berjiran' dengan guru di wad... sebak tengok pengorbanannya, sakit pun gigih bekerja

ARTIKEL BERKAITAN: Anak saudara digantung sekolah, pakcik datang serang cikgu... Ini penjelasan PKHEM!

"Paling teruk aku buat is create akaun Facebook cikgu dp (default picture) gambar bontot babi.

"Menangis s*al cikgu tu aku buat," tulis individu berkenaan.

Menerusi ruangan balas posting berkenaan, dia turut berkongsi punca tindakannya terhadap guru berkenaan.


Aku cuma harap dendam dia tak makan diri sendiri, menyesal seumur hidup nanti.

NETIZEN

"Ni Cikgu Zeton ka hang buat, apa dia buat kat hang?" soal seorang individu.

"Dia campak buku sekolah aku dari tingkat tiga sampai jatuh atas dataran badminton kot.

Paparan skrin perkongsian individu tersebut mengenai bekas gurunya.

"Hang bayangkan buku Komsas yang tebal tu nak kena buat balik?

"Dia tak halalkan pun ilmu ilmu yang dia pernah bagi kat kami satu kelas," ujarnya lagi.

Paparan skrin tweet individu tersebut kemudiannya dikongsi beberapa pelayar Twitter sehingga menjadi tular dan dihujani kecaman orang ramai.

"Aku ingat cikgu tu pukul dia ke apa la kan sampai dia buat fake akaun cikgu. Rupanya baling buku, idok le cite pulak nape cikgu tiba-tiba baling bukunya tu?

"Buat cikgu Eton, boleh la buat report polis ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dah ni," tulis seorang individu sehingga menerima hampir 12,000 ulang kicau (Retweet).

Sebahagian komen netizen.

Selain kecaman, ramai yang turut berkongsi kisah mereka sewaktu zaman sekolah menerusi ruangan balas posting berkenaan.

"Dulu kami ni kalau cikgu cakap tak halalkan ilmu, kami duk berlutut mintak maaf dekat cikgu segala salah silap kami. Budak la ni. Hmm. Makin sakit.

"Aku siap pernah kena tampar lagi time sekolah rendah darjah berapa tah, tapi still buat baik kat cikgu sebab apa? Respect.

"Aku cuma harap dendam dia tak makan diri sendiri, menyesal seumur hidup nanti.

"Setakat kena baling buku je pun. Aku ni siap kena jerkah time perhimpunan sekolah sebab seluar kadet kecil. Lepas tu tudung sekolah singkat. Malu oi crush tengok. Sikit pun tak berdendam dekat cikgu tu," tulis beberapa netizen.

denda , cikgu , murid , biadab

Artikel Lain