“Tengok nama, ia sangat familiar” - Rider GrabFood teruja hantar makanan untuk atlet Olimpik, kawan tak percaya... gambar ada!

Syaril mengambil peluang bergambar dengan bekas perenang Sukan Olimpik negara, Daniel Bego.

BUKAN mudah untuk bersua muka dengan atlet idola yang biasanya hanya dapat dilihat di televisyen atau di akhbar sahaja.

Namun tuah bagi seorang rider GrabFood yang mendapat 'dua rezeki' dalam satu masa ketika membuat servis penghantaran makanan.

Biarpun baru dua bulan melakukan kerja menghantar makanan secara sambilan, pelajar kolej swasta berusia 22 tahun ini sudah merakam memori indah untuk disimpan sebagai kenangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada pasport, tak pernah ke luar negara tiba-tiba Zach King DM hantar mesej ajak jumpa, “Kalau tak pergi, mungkin saya akan menyesal”

ARTIKEL BERKAITAN: “Sign tang dada tu!” - Netizen cemburu Cristiano Ronaldo 'sign' autograf jersi Raf Yaakob

Pelajar jurusan akaun di Kolej Yes, Kuala Lumpur, Syazri Imran berkongsi perasaan teruja apabila dapat memberi khidmatnya kepada bekas perenang tersohor negara, Daniel Bego.

Biarpun sudah lama tidak beraksi di kolam, perenang Sukan Olimpik (2008 dan 2012) itu masih diingati oleh peminat sukan tanah air.

Syazri teruja berkongsi mesej dengan Daniel.

"Rabu lalu saya menerima pesanan untuk menghantar makanan. Apabila tengok namanya, ia sangat 'familiar'. Saya terus menghantar mesej kepadanya untuk pengesahan nama dan alamat.

"Apabila dia cakap memang 'Daniel Bego' memang saya sangat teruja. Memang tak tahu nak cakap apa ketika itu,” katanya kepada mStar.

Dengan penuh rasa teruja, dia terus membuat penghantaran kepadanya sekali gus bersemuka dengan atlet negara yang diminatinya itu.

"Apa yang boleh katakan, dia seorang yang peramah dan kami turut bergambar," katanya yang menghantar set ayam goreng dan air mineral kepada atlet tersebut.


Apabila dia cakap memang 'Daniel Bego' memang saya sangat teruja. Memang tak tahu nak cakap apa ketika itu.

SYAZRI IMRAN

Pelajar/ Rider Grab Food

Jelas Syazri yang berasal dari Bangi ini, dia turut berkongsi pengalaman itu dengan rakan-rakan rider lain di ruangan sembang WhatsApp.

"Ada juga yang seperti tidak percaya. Ada juga yang tak kenal. Tetapi apabila saya tunjuk gambar barulah mereka percaya.

"Saya juga ada beritahu ayah dan ibu bertemu Danial Bego. Ayah dan ibu senyum sahaja,” katanya.

Dalam masa sama kawan-kawan rider lain Syazri turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah menghantar makanan kepada pemain bola sepak Amri Yahya dan lain-lain.

Bego pernah menggegar kolam renang hingga ke Sukan Olimpik di Beijing dan London.

"Walaupun ia nampak biasa, tetapi bagi saya, bertemu dengan atlet terkenal tanah air, adalah satu kenangan buat diri saya.

"Saya harap selepas ini ada rezeki saya untuk bertemu dengan jaguh badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei," jelas anak kedua daripada lima orang adik beradik ini.

Dalam pada itu Syazri mengakui sejak membuat kerja sambilan ini, sedikit sebanyak dia sudah mula berdikari.

"Sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam perbelanjaan harian. Sebelum ini harapkan duit ayah dan ibu sepenuhnya. Tetapi sekarang setakat duit makan minum tu cukuplah bagi saya.

"Manakala perbelanjaan besar (pengajian) masih dibantu keluarga," jelasnya yang berada di tahun ketiga pengajian.

Daniel Bego, perenang, rider, Grab Food

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain