suria

Atuk sado 53 tahun tiba-tiba famous, video bersenam terima ratusan ribu tontonan... ramai pula calonkan diri nak jadi isteri

Paparan skrin rakaman yang tular di Twitter.

AKSI seorang lelaki berusia 53 tahun yang sedang bersenam mencuri perhatian ramai di laman Twitter.

Menerusi posting itu, Azman Tang Abdullah berkongsi beberapa teknik senaman sehingga video tersebut menerima lebih 250,000 tontonan.

Menurut Murni Hidayah, 24, bapanya merupakan seorang jurulatih kecergasan yang memiliki lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi kelangsungan hidup, coach sado tak malu makan gaji angkut barang di pasar basah

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Sado pernah takut rawat pesakit Covid-19, kini sedia kendali ‘kluster kayangan’ - “Saya sebenarnya lebih sasa sebelum PKP”

"Masuk Januari tahun depan, cukup 35 tahun pengalaman papa sebagai jurulatih kecergasan.

"Ia memang kerjaya utama papa. Sebelum jadi jurulatih kecergasan, dia pernah kerja kilang," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Ninie, ibu kepada seorang cahaya mata itu mengakui menerima banyak komen di laman Twitter mengenai bapanya.

Azman bersama cucu sulungnya yang juga anak kepada Ninie.

Malah, ramai yang turut berjenaka dan 'mencalonkan' diri untuk menjadi isteri memandangkan bapa Ninie sudah 11 tahun berpisah dengan ibunya.

Ujar Ninie, dia tidak ambil hati sebaliknya menerima jenaka itu dengan terbuka.

"Pada mulanya saya memang ada rasa yang tweet ni akan blow up. Sebab iyalah, umur 53 tahun tapi badan masih sado.

Video tu juga sebagai pelepas rindu apabila berjauhan.

NINIE

"Papa pun tahu dia viral. Saya kata papa tengah famous. Dia kata tak nak famous. Tapi dia ok je.

"Banyak komen yang ditinggalkan. Antara yang first mata saya tangkap, ramai komen nak jadi mak tiri saya.

"Ada yang nak calonkan mak mereka kepada papa saya. Saya tak ambil hati. Kalau ada yang terbaik untuk papa saya, apa salahnya? Dia pun dah lama sendirian.

Azman memiliki pengalaman lebih 30 tahun sebagai jurulatih kecergasan.

"Malah, ada juga yang minta papa saya buat content di TikTok atau YouTube. Tapi dia hanya aktif Facebook je," ujar Ninie lagi.

Kata Ninie, dia dan suami menetap di ibu negara manakala bapanya tinggal di Pulau Pinang.

Ujarnya lagi, video tular itu dirakam sewaktu dia pulang ke rumah bapanya sekitar beberapa bulan lalu.

Ninie dan suaminya.

"Last jumpa sebelum Julai, masa tu saya pulang ke sana sebab nenek meninggal dunia.

"Kalau saya balik, ayah akan tunjuk teknik-teknik senaman... saya pula akan rakam video sebab takut lupa apa yang diajar.

"Video tu juga sebagai pelepas rindu apabila berjauhan," ujarnya yang mengusahakan perniagaan durian creepe di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Sehingga kini, posting itu juga menerima lebih 3,200 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain