suria

Status Agama Lindsay Lohan Cetus Tanda Tanya

Lindsay Lohan
BINTANG terkenal Lindsay Lohan yang sering dihimpit pelbagai kontroversi sekali lagi menimbulkan tanda tanya apabila membuang semua gambar di laman sosial Instagram sejak Jumaat.

Bukan itu sahaja, bintang Disney ini turut menulis di ruangan biografi dengan perkataan 'Alaikum Salam' yang memberi tanggapan segelintir peminatnya bahawa dia telah memeluk agama Islam.

Sejak setahun lalu, wanita yang bermazhab Katolik ini dilaporkan sering memperkenalkan Islam dengan memuat naik status laman sosialnya.

Pada Mac 2015, Lindsay menulis doa bermaksud "Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepada mu ilmu yang bermanfaat" di laman sosial miliknya.

Lindsay padam semua foto di IG.


Kemudian dua bulan selepas itu, penyanyi ini muncul di kawasan Brooklyn, New York sambil memegang Al-Quran.

Malah, foto-fotonya berhijab yang tersebar di dunia maya turut menjadi tajuk utama media yang semakin percaya bahawa dia telah menjadi mualaf.

Lindsay, pernah menjawab tentang isu Al-Quran bahawa dia hanya ingin belajar dan mendalami agama-agama di dunia.

"Saya seorang yang suka mendalami agama dan sangat terbuka untuk belajar sesuatu. Orang Amerika ada persepsi negatif tantang Al-Quran, walhal ia bukan seperti itu,"

Sementara itu, awal Januari lalu, kapsyen penyanyi ini " Insya Allah #LOHAN2017 " menerusi sebuah video yang dimuat naik telah mendapat reaksi positif umat Islam.

Bagaimanapun, sehingga kini, Lindsay belum memberi sebarang kenyataan tentang isu berkenaan yang terus memberi tanda tanya semua pihak terutamanya peminat-peminatnya.
Lindsay Lohan

Artikel Lain