suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jennifer Lawrence Tolak Berswafoto Dengan Peminat

AKTRES Jennifer Lawrence memberitahu dia kini meletakkan batasan untuk tidak berswafoto (selfie) dengan peminatnya yang tidak dikenali.

Pelakon filemThe Passengers ini berkata, ia merupakan salah satu langkah untuk menjaga privasi di tempat awam.

"Pada saya mereka berfikir bahawa sudah mengenali saya menerusi filem-filem yang saya lakonkan, tetapi hakikatnya saya tidak mengenali mereka.

"Saya sendiri berasa pelik dan janggal bila ada orang yang tidak dikenali datang secara tiba-tiba untuk bergambar," ujarya seperti dipetik Daily Telegraph.

Tambah Jennifer, adalah penting untuk menjaga batasan dengan peminat-peminatnya.

Dia juga merancang untuk memisahkan antara kerjaya lakonan dengan kehidupan peribadinya bagi melindungi privasi diri dan keluarganya.

Jennifer Lawrence

Artikel Lain