suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mariah Carey Tidak Akan Aktif Di Media Sosial

PENYANYI Mariah Carey memberitahu dia berhasrat untuk berehat daripada memiliki media sosial bagi memberi ruang untuk dirinya bersama orang tersayang.

Mariah menerusi sebuah rakaman suara yang dimuat naik di laman Twitter rasminya berkata, dia akan meneruskan kerjaya sebagai seorang penyanyi profesional.

Dia juga ingin menumpukan perhatian terhadap persiapan konsert jelajah yang bakal bermula pada Mac depan.

"Saya tidak akan aktif di media sosial, walaupun begitu saya tetap meneruskan kerjaya sebagai seorang penyanyi profesional.

"Ini adalah waktu yang penting untuk meluangkan masa bersama keluarga dan orang tersayang," ujarnya.

Mariah bertindak demikian selepas menerima terlalu banyak kecaman di media sosial selepas persembahannya pada malam tahun baharu 2017 mengalami masalah.

Penyanyi tersebut gagal menyanyikan dua buah lagu pada acara siaran langsung di Times Square New York itu.

Bagaimanapun, dalam kenyataan kepada media berhubung perkara itu, pihak pengurusannya menjelaskan ia disebabkan masalah teknikal yang tidak dijangka sehingga menggangu persembahan itu.

Mariah Carey

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain