suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seolhyun (AOA) Masih Belum Mampu Beli Rumah

AHLI kumpulan AOA paling popular iaitu Seolhyun mendedahkan dia masih belum berkemampuan untuk membeli sebuah rumah biarpun meraih pendapatan terbanyak sejak menceburi industri muzik awal tahun lalu.

Artis berusia 21 tahun itu membintangi lebih 20 iklan bermula daripada produk makanan sehingga pakaian sepanjang 2016 yang dianggarkan berpendapatan jutaan ringgit.

Dalam sebuah temubual program Knowing Brothers, penyanyi ini berkata pendapatan yang diperoleh itu masih belum mencukupi untuk membeli sebuah rumah.

"Saya belum mampu untuk beli sebuah rumah, jadi saya masih tinggal di bilik sewa. Tapi saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang pendapatan yang diperolehi, Seolhyun berkata, keseluruhan pendapatannya daripada iklan dan program televisyen telah dibahagi sama rata dengan enam orang ahli kumpulan itu.

Seolhyun (AOA)

Artikel Lain