suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angelina Jolie & Brad Pitt Rahsiakan Dokumen Perceraian

PROSES perceraian pasangan popular Angelina Jolie dan Brad Pitt masih belum selesai sehingga kini.

Pasangan yang dikatakan paling sesuai suatu ketika dahulu ini tiada perancangan untuk rujuk semula sebagai suami-isteri.

Seperti dipetik Daily Mail, pasangan ini sepakat untuk merahsiakan dokumen perceraian mereka sebagai privasi kepada enam anak mereka.

Angelina dan Brad tidak mahu anak-anak mereka terdedah kepada media dan menerima reaksi masyarakat terhadap perceraian mereka.

Menurut sumber, pasangan ini juga mahu merahsiakan dokumen kehakiman dan hakim membuat keputusan secara tertutup.

Pasangan itu juga sepakat akan menjaga hubungan baik masing-masing demi anak-anak.

Angelina Jolie, Brad Pitt

Artikel Lain