suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baru setahun suami meninggal, Jennifer Coppen dah jumpa bapa baru buat Kamari   

Jennifer dikatakan sedang bercinta bersama Justin Hubner (kanan).

BARU setahun suaminya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, pelakon Jennifer Coppen kini dikatakan sudah menemui pengganti. 

Menurut sumber, lelaki yang berjaya menambat hati aktres berusia 24 tahun itu ialah pemain bola sepak profesional, Justin Hubner. 

Hubungan pasangan tersebut difahamkan sudah lama terjalin, namun mereka memilih untuk tidak menghebahkannya kepada umum. 

Suami Jennifer iaitu Dali meninggal pada Julai lalu akibat kemalangan.

Spekulasi hubungan itu semakin kuat apabila Justin sebelum ini memuat naik ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran Jennifer yang ke-24.

"Selamat hari lahir buat seorang individu yang sangat istimewa buat saya. Saya sangat gembira setiap saat bersama dengan kamu. 

"Kamu selayaknya terima semua kebahagiaan. Tidak kira apa yang orang sekeliling katakan, biarkan mereka. Kita hanya perlu gembira habiskan masa bersama sahaja," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Coppen bimbang usia tak panjang, resah fikir nasib anak sebatang kara

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen restu Aisar jadi suami, tapi Jennifer Coppen tak minat kahwin lagi... Mahu terus pegang status ‘janda hot’

Rata-rata peminat meminta supaya pasangan itu menjalin hubungan serius sehingga ke jinjang pelamin demi kebaikan anak Jennifer iaitu Kamari Sky yang memerlukan figura seorang bapa.

Untuk info, Jennifer berkahwin bersama Dali Wassink pada Oktober 2023, namun tidak berpanjangan apabila lelaki tersebut mati disebabkan kemalangan jalan raya pada Julai tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain