SUSULAN kontroversi yang melanda dirinya sebelum ini, pelakon Choo Young Woo kini lebih berhati-hati dalam setiap tindakan.
Kata Young Woo, 26, dia juga lebih selesa meluangkan masa di rumah untuk bersama rakan-rakan bagi mengelakkan aktiviti di luar.
"Saya perlu menjalani hidup dengan lebih baik dan hampir tidak keluar rumah langsung.

Young Woo lebih banyak menghabiskan masa di rumah.
"Ia berlaku secara semula jadi. Rakan-rakan akan berkunjung ke rumah," katanya dalam satu temu bual.
Menurut Young Woo, dia juga semakin selesa denga perubahan yang berlaku dalam dirinya itu.
Malah disebabkan itu, dia juga semakin minat memasak untuk dihidangkan kepada rakan-rakan atau kru produksi di set penggambaran.
ARTIKEL BERKAITAN: Choo Young Woo dikecam pakai ‘casing phone’ imej pelajar sekolah, disyaki ada unsur pedofilia
ARTIKEL BERKAITAN: Salute Ahn Bo Hyun! Hulur sumbangan RM280,000 buat kanak-kanak masalah penglihatan
Tambah Young Woo, keputusan itu dibuat kerana enggan tersalah langkah sehingga boleh menimbulkan rasa kecewa peminat yang banyak memberi sokongan terhadap dirinya selama ini.
"Jika saya melakukan kesilapan, orang ramai mungkin akan lebih kecewa. Peminat akan lebih terkesan.

Kontroversi sarung telefon telah menjejaskan nama baik Young Woo.
"Saya juga memang suka duduk di rumah... rasa lebih tenang. Sesuatu boleh berlaku jika saya keluar," ujarnya.
Sebelum ini nama baik Young Woo tercemar susulan kontroversi dia menggunakan sarung telefon dengan foto gadis muda serta tulisan 'adult goods'.
Imej pada sarung telefon itu dikaitkan dengan unsur pedofilia.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


