suria

AC Mizal benci sikap jatuhkan maruah orang untuk hiburan - “Nasib baik bukan saya yang kena”

Datuk AC Mizal tegur sikap segelintir pihak yang suka mengherdik ketika memberi komen.

PELAKON dan pengacara Datuk AC Mizal dalam nada sindiran meminta individu yang gemar menjatuhkan maruah orang agar menerbitkan program televisyen yang sesuai dengan cara mereka memberi komen kepada peserta pertandingan.

AC atau Mizal Zaini, 52, dalam nada sindiran turut meminta individu tersebut agar menerbitkan rancangan televisyen sendiri yang sesuai dengan cara mereka memberi komen kepada peserta.

"Memang sekarang wajib jatuhkan maruah orang di televisyen ke? Tak ada fikir perasaan orang ke? Awak itu dah sempurna? Jangan bagi alasan dah tanggungjawab kena komen!

"Nak viral sampai jatuhkan maruah orang, baik buat rancangan Ayuh Maki Orang," katanya.

326636793_917599882740170_229876802303678268_n

AC Mizal minta jaga batas bergurau atau memaki di khalayak ramai.

AC meluahkan pandangannya itu menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Dalam pada itu, AC berkata, setiap perbuatan bergurau atau memaki hamun terutamanya di hadapan khalayak ramai ada batas yang perlu dijaga agar tidak menjatuhkan air muka individu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Siapa yang berkokok tu?” - Mas Idayu minta rakan artis jangan masuk campur kerja juri, stesen TV pun tak pernah tegur

ARTIKEL BERKAITAN: Mas Idayu buat Sissy Imann menangis, netizen pula tak puas hati - “Angin semacam malam ini”

"Bergurau dan maki orang lain di depan orang ada tahapnya. Nasib baik bukan saya yang kena.

"Saya dah dalam industri selama 33 tahun dan saya benci orang yang menjatuhkan maruah orang hanya untuk hiburan," katanya.

Tambah AC, dalam usaha mendidik perlulah menggunakan kaedah yang tepat sekali gus menghargai usaha diberikan oleh peserta.

Saya benci orang yang menjatuhkan maruah orang hanya untuk hiburan.

DATUK AC MIZAL

PENGACARA/PELAKON

"Setiap usaha harus dihargai. Kelemahan bagi kamu mungkin adalah kekuatan bagi mereka. Mendidik bukan mengherdik.

"Mengajar lebih baik dari menunjuk pandai! Tiada orang yang sempurna," katanya lagi.

Sebelum ini, persembahan Sissy dan Naim Daniel menerusi lagu Jampi nyanyian asal Hael Hussaini menerima komen pedas Mas Idayu yang menganggap mereka tidak menyanyikan lagu tersebut dengan baik.

Bagaimanapun, Sissy tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sebaik sahaja menerima kritikan berkenaan sehingga ramai tampil menghentam penyanyi dangdut berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berkaitan

Artikel Lain